"Allah maha tahu, aku serah semua kepada nya" -Tengku Diana Haisya
"Umi...umi...hiks...umi kata...hiks...umi x nak tinggal kan Isya...umi...bangun laa umii...jangan tinggalkan Isya...hiks..." kata Yana yang sudah teresak - esak menangis disamping jenazah ibunya itu.
"Isya...jangan nangis sayang, sabar. Allah lebih sayang umi dari kita...sabar dik," kata Haraz di tepi kiri Yana.
Sedih? Ya dia juga sedih tetapi sebagai abang sulung dia perlu menunjukkan bahawa dia kuat semangat. Ditepi kiri Haraz, Hariz yang menenangkan Dhia yg masih ketakutan dan meraung. Dhia yang berumur 10 tahun itu menangis sekuat hati nya. Ya Dhia masih kecil untuk semua ini. Sekarang rumah mereka penuh dengan jiran tetangga yang hadir untuk membacakan yasin sebelum jenazah Engku Dayana dikebumikan.
"Tak sampai sebulan lagi Abi, Tokwan dan Nenda tinggalkan Isya, tak kan umi nak tinggal Isya pulak. Umi bangun..."
"Haraz Hariz, bawa Isya dengan Dhia masuk bilik dulu," suruh Tengku Daura, adik kepada Umi, makngah mereka.
"Baik Aunty," jawab Haraz dan Hariz hampir serentak.
Mereka pun masuk kedalam bilik Haraz. Yana sudah pun berhenti menangis tetapi hati nya tetap menangis. Dia cuma kesian melihat adik nya Dhia. Mungkin Dhia trauma kerana dia melihat sendiri ibunya dibunuh dengan kejam.
Berita tidak baiknya pembunuh itu tidak dapat dikesan. Itu sahaja yang dia tahu dia juga malas memikirkan semua itu hanya apa yang dia fikirkan kan umi nya. Lama mengelamun, baru dia tersedar yang Dhia telah tidur atas riba Hariz.
"Abang Raz, kenapa..." kata nya memecah sunyi.
Haraz memandang adik nya itu dan menunggu ayat seterusnya. Begitu juga Hariz.
"K-kenapa semua orang nak tinggal kan Isya ? Isya ade buat salah ke ? Kalau Isya yang menyusahkan biar la Isya yang mati. Kenapa orang yang Isya sayang satu demi satu meninggal ?" soalan yang bertalu - talu keluar daripada mulut Yana.
Haraz dan Hariz memandang sesama sendiri. Ya, mereka turut merasa apa yang Yana rasa cuma mereka memikirkan ada dalang disebalik semua kematian ini. Tetapi mereka tidak mahu menuduh sesiapa. Mungkin sudah suratan takdir untuk mereka.
"Tengku Diana Haisya...pandang abang,"
Yana mengangkat muka perlahan lahan. Haraz tersenyum.
"Abang tak nak, Isya salah kan diri Isya lagi okay,"
"Isya...ingat ni. Orang yang bersabar itu lah orang yang kuat. Kalau Isya kuat Isya bersabar okay, tak de orang yang tinggal Isya. Abang Raz, Abang ariz dengan Dhia ada nii. Adik abang kuat semangat kan.."
tambah Hariz. Yana hanya mengangguk.
.
.
.
.
."Haisya are you done ?" panggil Hariz dari bawah.
"Yes, wait !" jawab Yana.
"Passport ? Telekung ? Fon ?" soal Haraz sebaik melihat adiknya menuruni tangga membawa satu beg sandang tepi dan satu beg tarik kecil.
"Done. Semua ade. Don't worry. Barang lain semua dah hantar sekali hari tu," terang Yana supaya abang nya tidak risau.
"Okay jom gerak,"
.
.
.
.
."ATTENTION !!! PINTU PERLEPASAN PENERBANGAN KE KUALA LUMPUR, MH999, DI PINTU 5 TELAH LAMA DIBUKA, HANYA LIMA MINIT LAGI KAPAL AKAN BERTOLAK, LAMBAT TINGGAL."
"Ok jom masuk," ajak Hariz.
'okay kl aku datang' monolog hati Yana.
.
.
.
.
."Fuh...selamat sampai..." kata Hariz.
"ALHAMDULILLAH..." perli Yana.
"Eh...Alhamdulillah..."
"Raz, sape ambik kita ?"
"Grab laa..."
"Seyes laa ?! Jangan main² Raz,"
"Hmm...gurau jer. Aunty Daura ambik, kejap lagi sampai la tu. Nanti dia call,"
Hariz dan Yana hanya meng'oh'kan sahaja. Kemudian melayan fon masing². Fon Haraz diberi pada Dhia untuk menonton youtube.
"Abang. Abang. Dhia lapar la..." rengek Dhia kepada Haraz.
"Hurm...okay. Dhia nak makan apa?"
"Tu.." jawab Dhia sambil jarinya menunjuk sebuah kedai. Subway. Itu nama kedainya.
"Okay... Ariz, Isya abang bawak Dhia beli makanan kejap okay. Nak pesan ?"
"Ice lemon tea !" jawab Yana laju.
"...."
Hariz tidak menyahut kerana tidak mendengar apa yang Haraz tanya. Ye la, pakai headfon astu volume paling kuat. Tak pekak ke ?
"Ariz ?"
"...."
"Alah beli jer ice lemon tea untuk dia, dia ni mmg tak dengar apa abang cakap. Biar dia,"
"Okay, abang pergi ni jaga barang tu Isya," kata Haraz dan berlalu pergi.
.
.
.
.
.Dhia p.o.v
"Nak sayur tak ?" tanya Abang Haraz.
"Tak nak tomato jer,"
Selepas abang selesai memesan semua. Kami gerak keluar ke tempat Abang Hariz dengan Kak Yana. Tapi ade seorang lelaki melanggar bahu aku. Huh! Nasib tak jatuh.
"Eh...sorry,"
"Oh tak pe," jawabku.
'Jap, cam penah nampak ? Wait kat mana ? Yes suara dia, ya dia aku tak salah orang. Muka pun lebih kurang tapi betul ke ? Ah lantak' kata nya dalam hati.
Siapa lelaki itu ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.TBC ❤
Jangan lupa vote, comment n share thanx sbb baca 😊 Bosan ? Sorry tau kalau bosan. Bye ✌🏻
YOU ARE READING
1 | D'Yana
Teen FictionKarya Pertama NAHS Syazwan || Diana Engku Diana Haisya. Gadis periang suatu masa dahulu, sebelum gaya hidupnya bertukar menjadi seorang yang pendiam. Perpindahan keluarganya ke Kuala Lumpur telah menyatukan Yana dengan sahabat lamanya. "Engku Diana...