└➤ Missing 10

43 11 10
                                    

Back to Body✩。:*•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Back to Body
:*•.──────────.•*:

Ikatan tali yang sudah mengikat mereka selama 2 hari disitu, berjaya dirungkaikan. Lalu perlahan dia mengejut mangsa senasib dengannya.

"Runa-ah~ ireona, pali" sambil tangannya mencuit bahu gadis itu.

Runa membuka mata perlahan-lahan. Dia memandang Sana lemah.

"Gwenchana?" soal Runa kepada Sana. Dia merisaukan orang lain lebih dari dirinya sendiri.

"Mari keluar dari sini, aku rasa dia keluar kejap je"

Runa menoleh ke atas, dimana terdapat lubang udara disitu. Mereka dikurung di bilik bawah tanah. Kadang-kala mereka dapat melihat kaki pelajar sekolah melalui lubang itu. Namun kawasan yang sunyi ini jarang digunakan.

"Mari pergi" ajak Runa. Dia tidak berdaya untuk bangun namun kakinya dikuatkan demi menyelamatkan nyawa mereka.

Mereka saling membantu antara satu sama lain kerana kedua-duanya tidak berdaya. Walau hanya 2 hari, tetapi mereka tidak diberi makan malah dipukul selalu.

KREEKKKK

Langkah mereka terhenti. Terbuntang biji mata mereka memandang satu sama lain.

"Dia dah balik?" soal Runa.

Lalu Sana mengheret kakinya serta menarik Runa sembunyi di tepi pintu agar lelaki itu tidak melihat mereka apabila pintu dibuka nanti.

KLAK

Tombol pintu dipusing. Perlahan pintu menyembunyikan mereka berdua.

"BODOH" Lelaki itu terus baran sebaik saja melihat tiada siapa di depannya.

Runa menggengam kayu dibelakang tangannya kemas. Tanpa menghiraukan diri sendiri, Runa terus memukul belakang lelaki itu.

PAK!

Sangkaan Runa meleset. Lelaki itu lebih tangkas darinya. Kayu yang ditahan oleh tangan lelaki itu di campak ke tepi.

"Kau buat keje bodoh ape ni? Kau pikir kau sape nk lawan aku? HAHAHA" soalnya di tambah gelak tawa.

"Kau yang bodoh!!" Runa menyerang lelaki itu dengan menolaknya ke belakang.

"SANA LARI!!" Arahnya tegas.

"Ta... tapi—"

"PERGI DAPATKAN BANTUAN!!!" Runa bergelut sekuat hatinya dengan lelaki itu.

"BERANI KAU NAK LARI!"

Tanpa sedikit pun belas kasihan,wajah pucat Runa ditampar sekilas. Runa terduduk di lantai.

Sana menekup mulut. Air matanya menitis melihat kesakitan yang di alami Runa deminya.

Missing • Lee Felix •Where stories live. Discover now