└➤ Missing 31

12 0 0
                                    


After The Rain There Must Be A Rainbow

:*•.──────────.•*:

"Chan saya ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Chan saya ni..."

"Siapa?"

Chaeyeon tersenyum hingga ke telinga.

"Saya tahu awak tak kenal luaran saya, but inside me is Chaeyeon"

Bang Chan menekup mulutnya. Ya benar wajah ini dia tidak pernah dilihatnya tetapi masih cantik seperti Chaeyeon.

"Chae... Chaeyeon... ?"

"Ya ini saya Chan. I miss you a lot" Tangan Chan digengam olehnya.

"Betul ni awak? Macam mana awak boleh hidup semula?" Soal Chan yang masih ragu tetapi tetap sahaja dia berharap itu benar-benar Chaeyeon.

Chaeyeon mengangguk riang.

"Setelah mereka selesai berurusan dengan malaikat maut tempoh hari. Saya diberi peluang untuk hidup semula di era ini didalam keluarga yang cukup kasih sayang.

Selain itu, mereka membenarkan saya menyimpan memori saya yang sebelum ini, jadi Chan... hati saya masih sama. Saya tetap mencintai awak dalam apa jua keadaan" Chaeyeon tersenyum tetapi tiba-tiba air matanya mengalir.

"Kenapa ni Chaeyeon?"

Pipi Bang Chan diusapnya lembut. Wajah kacak itu ditelitinya satu persatu. Sungguh dia sangat rindu.

"Tapi... jasad dihadapan saya ni tak pernah cintai saya kan?" Soal Chaeyeon penuh sebak.

Bang Chan terdiam. Dia sedar sudah lama hati itu dia sakiti dan hancurkan.

Chaeyeon mengusap air matanya dan melepaskan pegangganya dari pipi Bang Chan.

"Wait Chaeyeon!"

Bang Chan mengenggam lengan Chaeyeon.

"Kenapa Chan? Saya tanak paksa awak... jangan kasihani saya semata-mata..."

CUP!

Chaeyeon tergamam. Manakala Bang Chan meneruskan saja ciuman itu. Jika dia tidak dapat meluahkan isi hatinya, biarlah tindakannya yang mengrungkaikan segalanya.

Perlahan-lahan ciuman yang penuh kerinduan itu mereka lepaskan. Bahu Chaeyeon dipegang Bang Chan. Wajah mereka saling ditenung.

"Chaeyeon-na... saranghae❤️" Ucap Bang Chan.

Chaeyeon masih terkejut dan tidak dapat mempercayai diri ini dicintai.

"Chaeyeon... I really love you. I realise that my feeling just too late but.."

"but?"

"But now here the chance. Awak ada dihadapan saya, awak dah kembali. Dan... saya tanak hilang peluang kedua ni" menitis air mata Bang Chan saat mengatakan isi hati nya.

Chaeyeon mengesat air mata yang mengalir daripada mata Bang Chan. Akhirnya lelaki yang ditunggunya selama 10 tahun ini mencintainya.

"Chan... awak dah berjaya hilangkan sakit saya selama 10 tahun dengan luahan cinta awak Chan" Chaeyeon senyum penuh bahagia.

"Izinkan saya jaga awak, beri kasih sayang setulusnya pada awak. Saya ingin awak pergi bersama saya. Kita jalankan rumah tangga bersama nak tak?"

Bahu Bang Chan dirangkul oleh Chaeyeon lalu Bang Chan mengangkat tubuh kecil itu merepat ke badanya.

"SAYA NAK SANGAT! I LOVE YOU BANG CHAN!

❁ ❁ ❁ ❁

Cuaca yang cukup indah untuk meneruskan majlis yang penuh kebahagian itu. Gaun putih yang dikenakan oleh tuan majlis sangat berseri berbanding tetamu.

Dua pengantin perempuan mula berjalan bersama di laluan putih itu untuk menunu ke arah pengantin lelaki yang setia menunggu langkah mereka. Bunga-bunga putih mula bertaburan di laluan itu.

Sungguh manis dan cantik senyuman Runa Dan Chaeyeon. Mereka menoleh antara satu sama lain dan ketawa kecil.

"Unnie cantik sangat" Ujar Runa.

"Runa pun cantik" Puji Chaeyeon pula.

Tiba sahaja di penghujung, pengantin lelaki mula menyambut tangan pengantin perempuan mereka.

Manakala ayah Chaeyeon meninggalkan Runa disitu. Begitu juga ayah baru Chaeyeon.

Kini Runa tetap meneruskan hidup sebagai Chaeyeon tetapi namanya ditukar walaupun perkara itu membuat ayah Chaeyeon tertanya-tanya. Manakala Chaeyeon pula meneruskan hidup barunya dengan tetap bernamakan Chaeyeon.

Walaupun begitu, mereka akhirnya bahagia kerana memiliki kehidupan yang mereka tidak dapat sebelum ini.

Selain itu, Bang Chan kembali meneruskan hidup dengan adiknya Chang Bin dan ibunya Jessica. Segala kebenaran sudah terungkap.

Kini mereka bahagia dengan kehidupan yang diberikan. Mereka juga bersyukur serta belajar untuk tidak memutuskan hubungan yang sekarang sama ada persahabatan mahupun percintaan.

"SELAMAT PENGANTIN BARU FELIX DAN RUNA, CHAN DAN CHAEYEON" jerit tetamu-tetamu disitu.

Mereka berempat memegang pisau yang sama untuk memotong kek tersebut. Selesai sahaja memotong kek, Felix mencalitnya pada wajah Bang Chan.

"Woi kau! main kasar ehh?" Bang Chan mencalit kembali pada Felix tetapi tersasar ke pipi Runa.

"Weee Chan! Makeup aku mahal tau tak?" Marah Runa dengan bergurau.

"Amboi kau Chan, bab bini jangan main Chan. Aku siku kau kang" Felix menayang sikunya.

"Oppss sorry Runa"

"Sayang awak ni melampau ye?" Tegur Chaeyeon.

"Sa... sayang?" Bang Chan mengulang semula kata-kata Chaeyeon. Mukanya mula merah.

"Eleh kita pun boleh.. betul tak baby?" Felix mencubit pipi Runa.

Mereka ketawa serentak. Kebahagian inilah yang mereka inginkan.




╔═══════════════╗
❤️❤️ END❤️❤️
  ╚═══════════════╝

.:*・゚♡゚・*:. .. .:*・゚♡゚・*:. .. .:*
•press the star so I will keep u in my heart•

Missing • Lee Felix •Where stories live. Discover now