If I cant Stay, I will Value Our Time
✩。:*•.──────────.•*:。✩"Awak jangan lupa buang sampah" pesan Chan.
"Ye dah banyak kali awak cakap. Buang sampah, cuci pinggan, lipat baju..."
"Dah dah, pandai-pandai lah Si Runa tu jaga aku" Felix menepuk bahu dan menolak Chan keluar rumah.
"Eh kau, menghalau nampak?" Chan nengangkat sebelah kening.
"Takde lah, kau kan nk bertolak awal. Aku hantarkan" Felix terus menyarung kasutnya. Dia sempat mengenyitkan mata pada aku sebelum menuju ke kereta.
Aku memegang kedua-dua pipi ku tanda malu. Chan hanya menunjuk muka masam macam apek jual buah tepi longkang.
"Bye Runa, Jaga diri tau"
"Yeye, annyeong!" Aku mengangguk dan tersenyum sambil melambaikan tangan pada Chan.
Nampaknya tinggal aku dan Felix saja lepas ni. Rumah mungkin akan senyap sikit. Tapi tak apalah, tinggal berdua lagi bahagia kan?
Pintu pagar automatik itu tertutup sendiri apabila kereta telah pergi.
Aku mengikat rambut ku bun sehingga terserlah leher ku yang jenjang. Nampaknya aku sudah mula bersemangat.
"Chaa... time to clean up!"
Usai mengemas yang lain, aku terpandang sampah yang dipesan Chan.
"Nasib baik aku ingat"
Lalu aku mengikat bungkusan itu dan ingin membuangnya ke dalam tong sampah besar di luar pagar rumah.
"Fuh! Berat betul" rengek ku sambil mengurut bahu selepas mencampak sampah tadi.
"Apocot!"
Terkejut aku melihat seorang lelaki tinggi berdiri di belakang ku. Entah dari mana dia muncul.
Pakaiannya yang hitam dari bawah hingga ke atas menambah lagi suasana seram ku.
"Berapa lama?" Soal lelaki itu.
Aku mengecilkan mata. Kenapa muka dia ni macam Kai Exo?
"Aku tanya berapa lama?"
"Mwo?"
"Berapa lama lagi kau nak hidup?"
"Hah? Apa masuk awak?"
"Ini kali kedua kita bertemu, tapi takpe aku maafkan kau tak kenal aku"
"Kali kedua...."
Mata ku terbuntang luas. Nampaknya ingatan ku sudah kembali pulih. Dia lah malaikat maut yang biarkan roh aku merayau-rayau.
Dia memberi tempoh masa untuk aku merungkai kematian yang tidak dapat aku ingati.
Dan kini aku sudah tahu siapa pembunuhnya dan mengapa. Adakah ini bermaksud... dia datang untuk menuntut janji?