My Old Story (3)
✩。:*•.──────────.•*:。✩╰┈➤ ❝ u guys should know that the kidnappers was Changbin's brother and changbin support abg dia until his bro dead. Also chap lalu ketika runa dibuli, lelaki buta yg selamatkan Runa adalah Felix❞
Kreeeskkk
Pintu dibuka.
"Gudmorning my princess!"
Aku terus memeluk Sana disebelah ku, risau di apa-apakan.
"Tak perlu try hard sangat nak panjat sana sini, tunggu je sampai aku jual korang" hujung rambut ku dia cuba sentuh tetapi ditepis.
Pantas aku mengesot ke belakang dengan laju sambil mengheret Sana bersama. Riak wajah penculik itu berubah.
"Kau jangan sampai aku hancurkan kau dulu sebelum aku jual!" Dagu ku dicengkam kuat olehnya.
"HAJIMAM JEBAL!! HIKSSS.... LEPASKAN DIA!!" Jerit Sana separuh gila. Dia tidak tahan lagi dengan keadaan ini.
Penculik itu mendengus kasar lalu menolak wajah ku ke tepi. Lalu dia menoleh ke belakang sedikit dan memanggil adiknya.
"Changbin!"
Changbin yang baru saja menamatkan pelajarannya di sekolah yang sama dengan Runa dan Sana itu hanya menundukkan wajahnya. Dia risau jika mereka dapat mengenalinya.
"Seo.. seo changbin?" Tergagap-gagap Sana menyebut nama yang acap kali dapat perhatian di sekolah.
Aku mula perhatikan kembali wajah lelaki itu. 'Ya memang benar sekali itu Seo Changbin, namun buat apa dia disini?'
Changbin selalu dijadikan contoh kepada pelajar memandangkan dia sangat bijak dalam pelajaran. Namun selepas menamatkan sekolah, khabar Changbin terkubur begitu saja.
"Know each other? Haha, ni adik aku. Dia pun takkan bantu korang keluar dari sini" Pesan abang Changbin, Seo Changmin.
Changbin hanya diam dan meletakkan sedulang makanan itu di depan mereka. Dia sempat bertentang mata dengan ku sebelum dia dan abangnya pergi meninggalkan mereka.
"Hiksss Runa otthokhae? (How)" nangis Sana disisi ku. Tanpa sedar air mata ku juga menitis.
'Adakah omma sedang risau tentang ku?'
❁ ❁ ❁ ❁
Malam mula menjelma pada hari ke-5 kami disini. Sungguh kami tidak selesa dan lemah kerana hanya diberi makan sehari sekali dan kadang mereka terlupa. Malah kami juga diikat selepas kejadian cuba melarikan diri.
Aku mula merekot kaki ku seperti seekor udang. Habis tulang-tulang ku dicengkam dengan kesejukkan malam. Apatah pula aku tidur berlapikkan lantai.
"Runa sini, aku peluk. Biar sama-sama panas sikit" Pinta Sana. Dia sendiri faham keadaan sekarang kerana dia juga merasa perkara yang sama. Lalu Sana hanya melentokkan pipinya ke wajahku.