Nothing Like Us
✩。:*•.──────────.•*:。✩PAP!
Surat berserta sampulnya dihempas ke atas meja ruang tamu. Wajah Felix cukup bengis.
"Felix.. company perlukan kamu"
"Perlukan? 8 tahun tanpa pewaris, dorang bahagia je selama ni"
"Uncle dah susah payah cuba dapatkan balik tempat kamu Felix"
Felix meraup wajahnya dengan kasar. Lalu dia menumbuk dinding di tepinya sehingga darah sedikit menitis.
"Felix... Felix just perlu ikut Uncle rasmikan jawatan Felix je. Felix sanggup ke berikan hasil usaha mama selama ni pada orang lain?
Felix nak hidup susah ke lepas mama dah berikan kekayaan secukupnya?" Pujuk Uncle Jae. Lembut.
"Felix boleh buat apa Uncle? Nak berjalan pun mengharapkan Berry" Felix menahan sebak.
"Felix ada Uncle. Uncle sanggup jadi mata Felix, walau nyawa Felix sekalipun Uncle sanggup gantikan gan nyawa Uncle. Felix kena ingat mama dah korbankan segalanya, jangan Felix siakan"
"Korbankan?" Felix ketawa dengan air mata yang bergenang. Dia menoleh ke belakang menghadap Uncle Jae.
"Korbankan mata sendiri untuk teruskan company dia?" Felix memandang ke bawah sambil tersenyum.
"Itu ke.. maksud Uncle?" Soalnya lagi. Uncle Jae hanya diam.
Salah nya juga tersalah berkata-kata. Kini lidahnya sendiri sudah disalah tafsir oleh Felix yang memang sensitif tentang hal ini.
"Apa gunanya company mama ada pewaris? pewaris yang tiada kasih sayang seorang bapa! Yang cacat! Yang hidup seorang diri!"
Felix menekan tiga ayat terakhir. Kini air mata yang bergenang tadi sudah bebas dari tebingnya.
"Bukan itu maksu—"
"ARHHH STOP!"
Felix menutup kedua belah telinganya. Dia tersengih seperti orang gila sambil air matanya tidak henti mengalir.
Runa yang baru turun dari atas sudah mula kehairanan. Dia terpinga-pinga kerana dia baru sahaja tiba.
"Uncle tahu tak berapa butir perkataan mama, papa Felix sebut sepanjang dalam bilik bedah dulu?" Soalannya cukup buat Uncle Jae terdiam.
"Uncle nak Felix kirakan? Dari rumah, dalam ambulance, dalam hospital. Uncle nak?"
Felix ketawa kuat sekali seperti orang gila.
"Who's care right?"
"No Felix, you still have me to care about you" bangkang Uncle Jae.