Should I Just Let You Be His?
✩。:*•.──────────.•*:。✩Aku menyelak sedikit langsir bilik dan melontar pandangan ke luar tingkap.
Runa yang berlari seperti tidak cukup tanah itu ku perhatikan.
"Mana pulak pompuan ni nak pegi? Tak reti duduk rumah betul"
Lalu Runa meloloskan badannya ke luar pintu rumah.
"Wait! That's..."
Di kala Runa menolak pintu kecil di tepi pagar rumah itu, aku dapat melihat kereta tersebut. Malah aku amat kenal pemilik kereta itu.
Aku endahkan sebentar dgn menyangka, mungkin teman lelakinya. Tapi setelah beberapa minit aku tidur, aku kembali bangun.
"Erh, aku rasa something wrong doh"
Lintang-pukang aku menyarung baju ku dan berlari menuruni tangga. Chan yang baru sahaja tiba di rumah aku langgar saja bahunya.
"WOI WOI"
Belakang baju ku direntap Chan dan mengheret badan ku berdiri di depannya.
"Kau apehal ni?"
"Aku nk gi check Runa jap" aku kembali menyarung kasut tetapi Chan menarik sekali lagi.
"Runa? Kenapa dgn dia?"
"Kau tak npk ke kereta kat luar rumah tu?
Chan menoleh belakang dan tercari-cari kereta yg dimaksudkan.
"Takde ape pun"
"Runa jumpa Changbin tadi"
"Changbin... nugu?" Soal Chan hairan. Mamat mana pula yang diseru Si Felix ni.
"Kau ingat tak budak yang buli kau dulu?"
Chan melepaskan genggamannya di bahu ku dan duduk di sofa sambil keningnya berkerut-kerut.
"Aku pernah ke kene buli.....? Dgn badan sado ni?"
"ADUH!"
Kepala Chan ku luku kuat. Dasar...
"Sial ko kecik lagi masa tu"
Kini aku pula menyandarkan badan ku di hujung sofa.
"OWH! Seo Changbin? Budak yg comel-comel masa tadika tu ke?" Soal Chan tidak nyanyuk lagi.
"Yela pandai"
"Aik? Macam mana ko tahu tu kereta dia bagai?" Soal Chan hairan.
"Kau ada suruh aku gi company kan?"
Chan angguk.
___________
Aku yang baru sahaja selesai dengan hal kerja terus memandu pulang ke rumah.