You Can't See Me
✩。:*•.──────────.•*:。✩Klak!
Pintu bilik air ditutup rapat. Lalu kedengaran laju arus air membasahi tubuh Felix.
Choi Runa yang dari tadi menekap telinganya pada pintu bilik Felix mula tersenyum.
Perlahan-lahan dia membuka pintu dan cuba tidak membuat sebarang bunyi. Namun meleset.
Kreeekk
"Siapa tu?" Soal Felix dari dalam. Namun tiada sahutan jadi dia abaikan saja. Runa terus menampar dahinya.
"Asal aku tak tembus je pintu ni? Aku bukan manusia aduh" bising nya sendiri.
Lalu terjengket-jengket dia berjalan ke dalam. Matanya melirik ke kiri dan kanan. Laci meja Felix ditarik satu demi satu. Tiada.
Almari dibuka, tiada. Selimut di angkat, juga tiada. Lalu rambut yang belum kusut itu diserabutkan.
"Jatuh kat mana ekk? Ke dia ada amik rantai tu?tapi..."
Tup!
Bunyi pili air ditutup. Runa masih berdiri tegak di dalam bilik Felix tanpa dia sedar akan bunyi itu.
Felix keluar dari bilik air lalu berjalan selamba ke almari baju. Akhirnya dia terlanggar Runa.
"Auchh!" Runa terkejut.
"Runa? Awak ngendap saya mandi ke?" Soal Felix tanpa berfikir negatif langsung.
Runa mula gelabah. Dia melihat kiri kanan untuk mencari alasan.
"Err tak, saya ingat awak tak tido lagi"
"Ada ke orang tido pukul 9 malam?"
"Errr mana tahu awak tido awal?"
"Okay nevermind but kenapa nak tahu saya tido ke belum?" Soalan Felix betul-betul memberi kesan pada Runa.
"Arrrr ermmm err"
"Apa Runa?"
"Eermmm nak ajak awak tengok movie?"
"Saya tengok?"
"Ye!" Runa tersenyum kerana Felix mempercayai kata-kata nya.
"Okay keluar dulu, saya nak pakai baju ni" pinta Felix.
"What?" Runa baru sedar Felix hanya bertuala di depannya. Rambut Felix juga masih basah.
Felix abaikan saja walaupun dia dapat mendengar jeritan Runa. Runa terus menutup matanya dan berlari keluar.
"Masa masuk, rilex je tadi" bisik Felix disambung dengan ketawanya.
❁ ❁ ❁ ❁