└➤ Missing 2

145 35 63
                                    

All Will Relate✩。:*•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

All Will Relate
:*•.──────────.•*:

"Yeah! I know you there!"

Oh mo! Detus gadis itu di dalam hati.

Dia menoleh memandang Felix. Mulutnya ditekup lagi.

Dia nampak aku ke?

Dia mendekati Felix dan melambai-lambai sedikit tangannya yang pucat itu di hadapan wajah Felix.

"Yahhh !! Kau ingat aku buta aku tak tahu ke kau kat situ hah?!"

"Terkejut mak!" Pantas dia menutup mulutnya kembali. Dia takut jika lelaki asing di hadapannya ini dapat mendengar suaranya pula.

Namun pada waktu yang sama Felix juga terdiam. Dia melangkah ke hadapan. Berdiri tepat di hadapan gadis kecil itu.

Oh mo~ handsomenya dia sempat gadis itu memuji.

"Kau ada cakap apa tadi?" soal Felix perlahan dengan suara kasar.

Gadis itu semakin terkejut apabila hembusan nafas Felix menyentuh pipinya.

"Othokhae... (How)"

"How what?"

"Tuan Muda! Tuan Muda!" Felix menoleh ke arah pembantu rumahnya. Lalu dia mendengus kasar kerana menganggu perbualan mereka.

"Yah jawab lah!"

"Tuan, cakap dengan siapa tu?" pembantu rumah itu tercari-cari di sekitar itu. Risau jika dia yang tidak perasan sesiapa disitu.

"Kau tak nampak ke seketul depan aku ni" Felix cuba bersabar. Dia cuba menahan marahnya agar dia tidak memecat mereka semua disitu juga.

"Tuan Muda.. kami dah cari, tapi kami tak nampak sesape kat taman ni selain Tuan"

Felix terkedu. Penglihatan mereka lebih baik darinya, tidak mungkin mereka tidak nampak sesiapa.

Sebelah tangannya di angkat. Dia mula teraba-raba di depannya. Para pembantu sudah kehairanan. Felix juga begitu.

"Tapi tadi dia kat sini..." Perlahan Felix bersuara.

"Ermm Tuan Muda, masa untuk Tuan makan ubat" itulah tujuan utama pembantu itu memanggil Felix.

Felix mengangguk dengan keningnya masih berkerut. Dia berpusing untuk kembali ke rumah agam.

Namun dia sempat mengerling ke belakang dengan penuh hairan.

"Fuhh lega!" gadis itu keluar dari tempat persembunyiannya. Mujur dia sempat masuk ke dalam semak itu semasa entah siapa menganggu perbualan mereka.

"Tapi... Macam mana dia nampak aku? I mean.. dia dengar suara aku? Serious lah!"

Missing • Lee Felix •Where stories live. Discover now