My Old Story (2)
✩。:*•.──────────.•*:。✩╰┈➤ ❝This is sambungan memori Runa. For those yg dh lupa, chap lalu rambut Runa dipotong sebelah panjang sebelah pendek kemudian di toreh perutnya oleh Sana sehingga pengsan dan dibantu seorang namja❞
Mata ku cuba dibuka dan perlahan penglihatan yang kabur itu mula jelas. Suasana sepi yang hanya ditemani bunyi mesin 'tit tit', mula bising dengan bunyi pintu disorong.
"Arhh aku kat mana ni?" Perlahan aku cuba stabilkan diri dengan kepala masih terpusing-pusing macam roller coaster.
"Adik ada di rumah sakit sekarang ni. Keadaan adik lemah sangat, mujur ada seorang lelaki muda ni tolong adik" Jelas nurse berwajah manis itu.
"Yeke? Dia masih ada di sini?" Soal ku ingin ucap terima kasih.
"Maaf, dia terus pulang sesudah hantar awak ke sini"
Aku hanya menghela nafas kecewa. Sungguh ku ingin melihatnya.
"Boleh adik beri kenalan terdekat? Kami tak dapat jumpa telefon atau apa-apa yang dapat digunakan untuk cuba menghubungi ahli keluarga" Tambah nurse itu lagi.
Aku mencebik ke kiri. 'Telefon aku tertinggal di rumah nampaknya'
"Unnie,boleh tak kalau saya keluar dari sini sendiri?" Pinta ku, risau kalau hal ini terbongkar pada Omma. Resah hati bunda ku nanti.
"Tapi kami perlukan orang lain untuk daftar pesakit keluar" rayu nurse.
"Emm nanti saya temukan seseorang saya beritahu ye?" Jelas ku
Sreeeekk
Pintu ditolak perlahan tanda seseorang memasuki ke dalam.
"Takpe, biar saya daftar dia keluar" seorang lelaki tua dalam lingkungan 40-an tersenyum ke arah ku.
❁ ❁ ❁ ❁
Petang itu aku dihantar pulang oleh pakcik mesra tadi di iringi dua buah kereta di hadapan. Semasa di rumah sakit, aku perasan susuk tubuh seorang jejaka terselindung disebalik cermin gelap kereta yang berhadapan kereta dinaiki ku. Barang kali lelaki itulah yang selamatkan aku.
Tidak lupa juga kata-kata uncle tadi bahawa lelaki yang selamatkan aku itu cacat penglihatan. Hebat ya dia dapat membantu ku.
Jika ditemukan lagi sama ada di masa hadapan atau di kehidupan yang seterusnya, aku harap aku dapat ucapkan terima kasih.
❁ ❁ ❁ ❁
"Omma !" Jerit ku bagai sebulan tidak bertemu.
"Eish! Busuk-busuk datang peluk Omma" marah Omma ku dengan apron masih di badan seperti pagi tadi sebelum aku ke sekolah. Sibuk betul wanita kesayangan ku ini.