I cant lose you however I look like
✩。:*•.──────────.•*:。✩Gambar yang terletak elok di dalam bingkai itu aku pandang. Itu aku ketika kecil. Aku tersenyum bahagia sekali sambil mendukung seorang bayi lelaki.
"Chan, makan malam dah siap" tegur Puan Bang.
"Ye Ma?" bingkai tadi terus aku letakkan kembali di tempatnya.
"Sini cepat, dah lama mama tak masak untuk Chan" lengan ku dirangkul erat oleh Mama. Dia melentokkan kepalanya di bahu ku.
"Chan pun rindu masakkan mama, esok mama masak la sedap-sedap lagi tau" pinta ku. Kerusi aku tarikkan untuk mama. Memang aku gemar melayan dia seperti bidadari ku. Ini kerana dia juga telah melayan ku seperti putera.
"Thankyou my son"
"Your welcome!" aku mengambil tempat duduk disebelah mama. Biar rapat bagi melepaskan rindu.
"Sini aaaaa..." sudu yang terisi itu mama ingin suapkan aku.
"Ermmm sedap lah!" mama tersenyum mendengar pujian ku. Sungguh cantik lagikan berseri wajahnya.
"Mama..."
"Erm kenapa?"
"Rasanya... adik Chan tengah makan jugak ke ma?" aku memandang gambar di dalam bingkai tadi. Rasa sayu dan rindu.
"Chan rindu dia ke?"
"Ye ma, Chan jugak tertanya macam mana keadaan dia sekarang, bahagia? Sihat? Masih... hidup ke?" soal ku bertubi-tubi. Perpisahan yang perit itu tidak dapat aku terima.
Bunyi sudu bertindih pinggan kuat sekali. Mama pantas saja melepaskan sudu dan mengusap wajah ku. Dia memandang atas dan bawah sekitar kawasan wajah ku.
Perlahan-lahan air mata mama mengalir. Aku juga tidak kurangnya. Tersedu-sedan kami berdua.
"Kalau diizinkan, Mama masih tunggu dia"
Tangan mama aku genggam. Air matanya aku usap lembut dengan ibu jari ku.
"Chan janji, Chan akan cari dia"
❁ ❁ ❁ ❁
Ding Dong
"Sekejap ye!" Runa berlari anak menuju ke ruang tamu. Lalu pintu utama itu dibuka.
"Nugu...seyo?"
Seorang lelaki tua dalam lingkungan 40-an sedang terpacak di depan rumah. Pakaianya kemas seperti orang-orang kaya.
"Saya tuan rumah ni" ujarnya dengan tersenyum. Bagaikan tiada apa yang berlaku.
"Tuan... ehh dah salah rumah ni" pantas aku menutup pintu itu namun ditahan.