Divided to Believe
✩。:*•.──────────.•*:。✩Pagi sudah pun terang, namun Felix masih dengan selimut empuknya. Tiba-tiba, selimut tebal itu ditarik ke bawah. Felix yang separuh sedar merentap kembali selimutnya.
Runa mencebik. Dia menarik lagi selimut Felix. Tetapi kali ini lebih pantas dari tadi.
"YAHH UNCLE JAE!"
"uhk uhk!" Kuat sekali Uncle Jae terbatuk-batuk dari dapur. Naik darah mendengar namanya di seru begitu kuat.
Runa terkekek ketawakan Felix. Selimut tadi sudah Felix tidak pedulikan lagi. Kini, Runa memanjat ke atas tilam.
Dia mencuit hidung Felix. Tetapi Felix abaikan. Kini Runa menampar-nampar pipi milik si teruna itu.
"IREO—"
Sekelip mata Runa berada di bawah Felix. Apa lagi, terkaku jawabnya. Mata Felix walaupun buta, namun pandangannya tetap tajam ke dalam mata Runa cukup membuatkan gadis itu berpeluh.
KLAK
Kuat bunyi pintu Felix ditutup semula. Felix hanya memandang sekilas. Uncle Jae disebalik pintu sudah tercungap-cungap.
Sudahla dia terlalu tua untuk mendaki tangga seperti gunung Everest, inikan diserang jantung dengan melihat keadaan Felix.
"Felix ni dah buang tebiat sorang-sorang dia duduk macam tu"
Felix kembali menumpukan perhatian kepada Runa. Mukanya sangat tegang tetapi masih kacak.
"Ermn Felix, morning..." Runa sempat tersengih.
"Awak tahu tak saya dah hilang rasa nikmat tidur!" Marahnya.
"Errr tak elok tidur lama-lama" tokok Runa entah apa-apa.
"Habis elok la awak kacau saya? Ganti balik nikmat tidur saya sekarang" pinta Felix tegas.
"Macam mana? malam nanti jelah ehh,mesti mengantuk balik"
"Tengoklah dulu"
Runa menghembus kelegaaan. Tetapi Felix menyambung lagi.
"Tapi awak yang kene gantikan" Felix tersenyum nakal. Runa sudah berkerut seribu.
Felix tetap tersenyum lalu dia bangun dari atas Runa. Bajunya dibuang dan di campak sahaja ke atas katil.
Runa terbeliak, dia memeluk tubuh sendiri dengan kedua-dua belah tangannya.
"Awak nak buat ape ni?"
"Awak rasa?" Wajah Felix di dekatkan pada Runa.
Gulp!
"Is there somethin' wrong my baby?" Soal Felix nakal.
Tangan Felix menekan katil manakala kakinya masih memijak lantai. Runa yang duduk di hadapan Felix perlahan-lahan tersenyum malu.