└➤ Missing 4

104 28 50
                                    

People Can Change✩。:*•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

People Can Change
:*•.──────────.•*:

"Felix!" Jeritan gadis itu yang hanya mampu di dengari oleh Felix.

Felix yang tidak dapat melihat situasi sekarang sudah mula panik. Dia tidak tahu apa harus dilakukan.

Melihat Felix terpinga-pinga, gadis itu menarik lengan Felix. Mereka bertukar tempat.

TUMMMM!

Felix jatuh terduduk. Tongkatnya sudah tercampak jauh.

Lori itu menembusi roh si gadis, lalu merempuh kedai-kedai disitu dan terbalik ke tepi.

"Macam mana dia buat..."Bang Chan terkaku. Bukan kerana lori itu menembusi gadis roh itu, tetapi kerana gadis tersebut dapat menolak Felix.

"Felix.. gwechana?" Soal gadis itu risau. Dia memegang pipi Felix untuk memeriksa sebarang kecederaan.

"Tong... tongkat saya" pinta Felix.

Dia sangat takut jika sesuatu berlaku di sekelilingnya kerana dia tidak dapat melihat apa-apa. Seperti ketika dia kecil dahulu.

Gadis itu ingin mengambil tongkat di tepi Felix namun, dia berfikir sebentar. Orang ramai sudah mengelilingi Felix, jadi dia tidak harus menunjuk kewujudannya.

"Encik tak apa-apa ke?"

"Anak muda tadi kena langgar ke?"

Felix mula menjadi perhatian kerana kejadian pelik Felix mengelak lori itu sedangkan dia buta.

"Felix?" Tegur Chan sambil menghulurkan tongkat Felix.

Chan sempat memandang ke dalam anak mata gadis itu. Si gadis terkejut, 'mengapa dia seperti dapat melihat aku?'

"Siapa tu?"

"Bang Chan, ni aku... Chan"

Felix menghulurkan tangannya kepada Chan. Dia takut berada disitu.

"Bawa aku keluar dari sini, jebal..."

Chan memandang gadis itu sekilas, lalu dia membantu Felix bangun.

"Dia okay, terima kasih ye semua" sempat Bang Chan menenangkan orang ramai. Lalu mereka pun bersurai.

Chan memegang bahu Felix lalu membawanya masuk ke dalam teksi Chan.

❁ ❁ ❁ ❁

"Thanks, Chan" Ucap Felix kekok.

"Ermm aku nak duduk lama sikit kat rumah kau, boleh?" Pinta Chan

"What do you mean?"

"Tak... aku nak lepak, macam sebelum ni..." Chan menekankan ayat terakhir.

Felix terdiam lalu hanya mengangguk. Dia pusing kebelakang dan terus masuk ke dalam rumah. Chan mengikut langkah Felix.

Missing • Lee Felix •Where stories live. Discover now