15 | Pretence

1.5K 185 131
                                    

"Miss, are you okey?" tanya Norman dari tempat duduk penumpang di hadapan BMW yang dinaiki mereka.

"I'm not sure...," balas Yvonne sambil termenung jauh.

Norman memerhati Yvonne sejenak untuk memastikan keadaannya ketika itu, namun ekspresi yang terlakar pada wajah Yvonne gagal menggambarkan perasaannya kala itu.

"Norman, you know what I feel right now?" tanya Yvonne serius memandang Norman sebaik saja habis termenung.

"I'm... not... sure...," respon Norman teragak-agak lalu kembali berdiam menunggu jawapan bosnya itu sendiri.

"You heard that also right? He called me Yvonne! Dia tak pernah panggil I by my name ever before you know! Selalunya he just called me 'bitch' or 'perempuan', but today... he called me Yvonne! He called me Yvonne, Norman! It feels... kinda amazing!" Mata Yvonne seolah bersinar-sinar kerana keterujaanya.

Okey, seperti biasa, Norman kehabisan kata-kata dan hanya mampu mengiakan saja dengan senyuman hambar yang dibuat-buat. Angau si Yvonne ni bukan kaleng-kaleng nampaknya... Parah dah ni! Bukan senang nak jumpa perempuan macam ni. Hmmm...

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

"Siapa nama sebenar kau tadi?" soal Mr. Gerald serius.

"Raffael." balas Raffael sepatah, agak kekok.

"Nama penuh!" sambung Mr. Gerald lebih serius.

"Alexander Raffael..."Raffael menggerakkan bola matanya ke kiri dan kanan lalu menyambung jawapannya...

"Harper. Yes, Alexander Raffael Harper," sambungnya yakin setelah mendapat ilham penipuan.

"Kau asal mana? Kerja apa? Family kau buat kerja apa?" Mr. Gerald terus menyoal siasat Raffael dengan bertubi-tubi lagi soalan.

"Saya asal Rome. My family runs a business. Automobile business." Raffael menjawab dengan hanya tibai saja apa-apa yang terlintas di kepala otaknya yang 'cerdas' itu.

"Kenapa kau blah macam tu je hari tu, lepas tu sekarang tiba-tiba datang sini balik? Berdua dengan Eva pulak tu!" Mr. Gerald tiba-tiba curiga.

"Hari tu, time diorang terjumpa saya je terus inform ada emergency, tu yang rushing terus balik tu. Haa..." Raffael membongak sekali lagi.

'Kemain orang tua ni soal siasat aku. Dia ingat aku datang nak melamar anak dia ke apa?' bisik hati Raffael annoyed.

"Ayah, dia datang sini sebab Eva bagi tahu yang atuk sakit. Ayah tak payahlah temu ramah dia macam dia datang bawak rombongan meminang pulak." Evanessa akhirnya mencelah.

"Ya... uncle. Saya datang sebab nak bawak abah berubat kat hospital kat Rome." Raffael terjeda seketika sebelum mengeluarkan perkataan 'uncle' kerana sebelum ini dia tidak pernah membahasakan 'adik fake' yang pada hakikatnya hampir seumur dengan ayahnya itu dengan apa-apa panggilan. Tambahan pula mereka memang agak kekok dan jarang bercakap.

"Kau nak bawak abah berubat?" Mr. Gerald masih kurang yakin.

"Ya, biar saya yang sponsor semua biaya perubatan."

Mr. Gerald terdiam berfikir seketika.

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

"Master, ni list kargo yang akan sampai malam ni." Bernard menghulurkan sebuah fail tebal kepada Adam.

"Thank you Bernard. Pukul berapa kargo kita sampai?"

Mafia Salah LandingWhere stories live. Discover now