1 | The Rebel Young Master

5.5K 450 447
                                    

"B-I-T-C-H is what I called her, and also other girls. Diorang semuanya sama je! Apa yang diorang tahu buat cuma jual body untuk lemahkan jantan! They think they can lure us in by being all weaks and helpless... Puihhh! Pergi mampuslah! I don't trust any of them!"

"Tapi Raff..."

"Ahhh, takde tapi tapi! Aku penatlah Paksu, nak tidur!" Raffael menolak Adam keluar daripada biliknya lalu mengunci pintu agar tidak lagi diganggu dengan permintaan merepek oleh Paksunya itu.

"Okey Raff, Paksu tak nak paksa kau, tapi kau tahu kan papa kau tak pernah accept a "No", so you make sure to come tonight okay Raff? Kau dengar kan?"

Raffael masih berdiam enggan memberi sebarang respon walaupun mendengar semua kata-kata Paksu tadi.

"Kalau kau tak datang kau tahu apa akibatnya kan Raff? Kau akan datang kan? Aku percaya kau tau Raff..." Adam memberi kata-kata terakhir sebelum berjalan pergi.

"Whatever..." Rafael mencapai handphonenya lalu mendail nombor kenalan yang disimpannya sebagai "Harris".

"Bro, set my car. Aku nak cau dah ni."

"Okey Raff," balas Harris.

Raffael menanggalkan t-shirt putih yang dipakainya dengan kasar lalu dicampakkan saja ke atas katil. Six pack dan lengan berototnya jelas kelihatan tanpa mengenakan baju. Raffael berjalan ke sebuah bilik yang terletak di dalam biliknya yang luas itu juga, iaitu bilik pakaiannya.

Jarinya membelek-belek pada barisan t-shirt yang tergantung rapi pada rak baju mewahnya itu lalu menarik keluar sehelai t-shirt berwarna kuning muda, kemudian Raffael mencapai pula jaket kulit berwarna hitam dan menyarungkannya dengan penuh bergaya. Cap dengan material kulit dan kaca mata hitam juga dikenakan Raffael untuk menyempurnakan lagi penampilannya. Walaupun merupakan seorang mafia, tetapi Raffael sangat mementingkan gaya dan penampilannya. "Mafia pun kena stylo baru nampak gempak", begitulah menurutnya.

Sebaik sahaja Raffael keluar dari bilik bajunya, Harris telah sedia menunggu, berdiri di tepi katilnya.

"My car ready?" tanya Raffael sambil bersiul.

"Yes," jawab Harris.

"Okay cool. Let's~" Raffael mengangkat kedua tangannya ke atas sambil tersenyum poyo.

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

Dua orang bodyguard sudah sedia menuggu di sebelah kereta Ford Mustang Shelby GT350 merah yang diparkir betul-betul berhadapan dengan pintu rumah.

Raffael mengambil kunci kereta yang dihulurkan bodyguard di sebelahnya lalu menghidupkan enjin dan mula bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raffael mengambil kunci kereta yang dihulurkan bodyguard di sebelahnya lalu menghidupkan enjin dan mula bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya. Dua orang bodyguard tadi memasuki kereta BMW hitam di belakang Raff dengan pantas lalu bergerak mengikutinya. Begitu juga dengan sebuah lagi kereta dengan jenis yang sama di belakang kereta tersebut yang dinaiki oleh Harris dan beberapa lagi bodyguard lain yang sudah berada di dalam.

Mafia Salah LandingWhere stories live. Discover now