8 | Warmth

1.7K 266 215
                                    

Pejam celik, pejam celik, masa lebih dua bulan telah pun berlalu. Keadaan kaki Raffael sudah semakin sembuh.

"Sekarang, keadaan kaki ni dah semakin sembuh. Bolehlah try practice jalan slow slow." African bonesetter berkata selepas membelek-belek kaki Raffael yang telah ditanggalkan castnya.

"Betul ke encik?" Orang Tua Simon mengukir senyuman bahagia lalu merangkul Raffael ke dalam pelukannya. Raffael terkejut dengan tindakan mendadak Orang Tua Simon pada mulanya, namun entah kenapa rasanya dia ingin berada lebih lama dalam pelukan hangat itu. Pelukan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini daripada seorang insan bergelar ayah.

"Ya pakcik. Tak lama lagi, dia dah boleh berjalan balik macam biasa." Jawab bonesetter itu.

"Terima kasih tuan, terima kasih!" Orang Tua Simon melepaskan Raffael daripada pelukannya dan menoleh ke arah bonesetter yang sudah ingin beredar. Raffael masih lagi menatap wajah gembira Orang Tua Simon dengan pandangan sayu.

.....
"Young Master, Sir datang."

"Papa..." Raffael yang berumur 10 tahun cuba meraih simpati ayahnya dengan muka sedih.

"Raffael, kenapa kau careless sangat sampai boleh injured macam ni? Sekarang dah patah tangan macam mana nak terus training? Baru belajar naik kuda, belum belajar menembak lagi pun!" Sir Moore memberikan pandangan yang tegas dan menggerunkan kepada anak kecilnya itu.

"Sorry papa..." Balas Raffael sayu.

"Lepas ni aku tak nak dengar lagi kau injured sebab benda bodoh macam ni! Mafia kena kuat! Kalau kau lembik macam ni, aku hantar kau pergi intensive training!" Sir Moore terus beredar bersama dengan Eddy.

Raffael hanya tertunduk dengan muka sedih di atas katilnya. Di sebelah katilnya hanya tinggal dua orang jururawat yang sedang membereskan ubat-ubat dan kelengkapan perubatan lain.

Ibu yang selalu berada di sisinya telah meninggal dunia tiga bulan lepas dan kini ayahnya itu telahpun berkahwin baru. Raffael terasa semakin jauh dan jauh dengan papanya dari hari ke hari. Walaupun tinggal di bawah satu bumbung, namun Raffael jarang sekali terserempak dengan ayahnya sendiri. Hanya maid dan bodyguard saja yang selalu menemaninya. Cuma kadang-kadang apabila paksunya yang belajar di universiti yang jauh dari kawasan Rome pulang ke rumah, barulah Raffael merasa kurang kesunyian.
.....

"Abang, abang!" Elvira menggoyangkan bahu Raffael beberapa kali, menghentikan lamunannya.

"Huh?" Raffael menyahut dengan muka blur setelah tersedar dari lamunannya.

"Jom!" Elvira memegang lengan Raffael untuk membawanya bangun. Esmeralda membantu dengan memegang sebelah lagi lengannya.

Raffael cuba berdiri dengan bantuan kedua-dua gadis remaja itu dan akhirnya berjaya.

"Yeayyyy!" Esmeralda, Elvira dan Evrenne bertepuk tangan gembira. Begitu juga dengan Orang Tua Simon. Eynerra yang melihat kakak-kakak dan atuknya bertepuk tangan turut mengikuti perbuatan mereka itu meskipun tidak memahami situasi. Hanya Evanessa yang hanya membuat muka biasa tanpa ekspresi yang jelas.

Senyuman terukir pada bibir Raffael secara spontan melihat keterujaan mereka semua. Kenapa mereka semua terlalu gembira melihat kesembuhannya? Sedangkan mereka tiada apa-apa pertalian pun?

Di sebalik muka pintu dapur yang terbuka, Mr. Gerald memerhati dengan ekspresi yang berbeza daripada mereka semua. Dia tidak tersenyum namun tidak juga bermasam muka.

"Abang, jom kita jalan-jalan. Abang tak pernah lagi ronda-ronda kawasan kampung ni kan?" Elvira mengajak.

"Abang? Siapa abang? Ni Pak Long kamu! Berapa banyak kali atuk nak kena bagi tahu dekat kamu semua ni huh!" Orang Tua Simon mula naik marah.

Mafia Salah LandingWhere stories live. Discover now