9 | Tom & Jerry Reconcile... For A Moment

1.7K 275 82
                                    

Evanessa keluar dari biliknya kemudian terus saja keluar dari muka pintu rumah. Dia berjalan keluar dengan pantas tanpa memberi peluang kepada sesiapa untuk menegurnya.

"Kakak kau nak pergi mana tu?" Raffael ingin tahu.

"Entahlah, tadi Kak Eva kata nak keluar jumpa kawan." Jawab Esmeralda.

"Ayah korang mana?"

"Ayah outstation."

Raffael tersenyum sinis lalu bangun dan meluru ke muka pintu. Sepertinya peluang baik untuk membalas dendam sudah tiba!

"Abang nak pergi mana pulak?" Tanya Esmeralda.

"Jalan-jalan jap."

Raffael berjalan mengikuti Evanessa dari jarak selamat yang tidak akan disedarinya. Kerja-kerja tailing ini sangat mudah bagi Raffael kerana sejak umur 10 tahun lagi dia sudah mula dilatih dengan segala skill-skill sebagai seorang mafia sejati. Prinsip The Sly Moore, seorang ketua mesti dilatih dari bawah sehingga dialah mafia terkuat, lebih daripada semua anak buahnya.

Kini dia sudah mencecah usia 25 tahun, semua ini hanya di hujung jari saja baginya, piece of cake! Walaupun kerja-kerja seperti ini selalu dilakukan orang bawahannya, tapi ia tidak menjadi masalah sama sekali bagi Raffael Moore untuk melakukannya sendiri. Dia terlahir sebagai seorang mafia muda yang sukakan cabaran.

Evanessa masih lagi dalam pemerhatian Raffael. Ke mana sebenarnya perempuan itu hendak pergi seorang diri pada waktu menjelang senja seperti ini? Evanessa kemudian berjalan memasuki kawasan jalan besar lalu berhenti di hentian bas.

"Oh, dia nak pergi somewhere jauh ni... Siap nak naik bas lagi!" Raffael berteori sendiri.

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

"Good evening girls!" Tegur Auntie Suzie.

"Auntie..." Esmeralda, Elvira, Evrenne dan Eynerra bersorak serentak.

"Kamu berempat je ke ada kat rumah? Kak Eva kamu mana? Ayah kamu pun?"

"Ayah outstation. Kak Eva keluar nak senja tadi, jumpa kawan kot." Jawab Esmeralda.

"Oh, lama ke ayah korang outstation kali ni?"

"Tak lama sangat, 4 hari je auntie. Patut auntie datang pagi tadi, barulah sempat jumpa ayah." Esmeralda berseloroh.

Auntie Suzie tersenyum tersipu kemudian cuba mengubah topik, "Oh, ha, 'Pak Long' kamu tu pulak mana? Kaki dia dah sembuh kan?"

"Entah, tadi dia kata nak pergi jalan-jalan lepas Kak Eva keluar. Tak tahulah pergi mana."

"Dia tu akan duduk terus ke kat sini?"

"Tak tahulah auntie. Mungkin selagi dia masih belum ingat? Tapi kalau abang tu dah pergi nanti, sunyilah rumah ni. Walaupun abang tu suka cakap kasar, tapi dia comel and kelakar."

"Tulah, auntie pun rasa macam tu."

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

Sebuah bas berhenti di hentian bas tersebut lalu beberapa orang yang menunggu di situ bersama dengan Evanessa, bergerak memasuki bas. Setelah Evanessa masuk, Raffael juga bergerak ingin masuk, tiba-tiba dia tersedar yang dia tidak memiliki duit sama sekali! Alamak macam mana ni?

Raffael memandang ke sekelilingnya lalu melihat sebuah motor sedang diparkir di hujung simpang dengan enjin yang dihidupkan. Penunggangnya sedang membeli kuih di tepi jalan membelakangi motornya. Bas yang dinaiki Evanessa sudah mula bergerak. Dengan pantas, Raffael melompat ke atas motor yang dilihatnya itu lalu meluncur laju mengejar bas yang sudah semakin jauh itu.

Mafia Salah LandingWhere stories live. Discover now