Pusingan ligat kipas yang melekat di siling dipandang kosong. Fikiran melayang ke lain. Evanessa masih teringatkan kata-kata Harris barusan.
"Kadang-kadang, saya rasa saya lebih kenal Raffael lebih dari dia kenal diri sendiri. Dia selalu confuse apa yang dia nak dalam hidup."
"Selalu confuse apa yang dia nak dalam hidup? Apa maksud Harris? Apa yang dia confuse sekarang? Me?" Kedua jari telunjuk dihala pada diri sendiri. Evanessa cuba mentafsir sendiri maksud tersirat kata-kata Harris. Benarkah dirinya berkait dengan apa yang Harris maksudkan 'apa yang dia nak dalam hidup'?
༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛
Di Exclusive Snooker House milik The Sly Moore, Raffael bermain snooker sendirian ditemani empat bodyguard peribadinya di sudut ruangan. Badan dibongkokkan ke depan. Tangan bersedia dengan snooker cue untuk menolak cue ball ke dalam lubang pocket.
"Raff, ada orang datang ni, nak jumpa kau." Kata-kata Harris membuat Raffael jeda.
"Nak jumpa aku? Kat sini? Siapa?"
Harris bergerak ke tepi. Seseorang yang berdiri betul-betul di belakangnya beranjak ke depan, memunculkan diri.
"Aku."
"Eva?" Raffael terkaku. Seakan tak mempercayai apa di depan matanya.
"Kau... kau buat apa kat sini? I thought you said we are over?" soal Raffael hairan.
"Aku datang sebab nak mintak maaf dekat kau. I'm sorry?" Evanessa sengih.
"What?" tanya Raffael lagi untuk memastikan. Masih kurang percaya.
"Sebagai tanda minta maaf, aku nak belanja kau makan. Jom. Aku lapar ni... Kita cakap sambil makan? Kau cakap je nak makan apa. Aku belanja," pelawa Evanessa sambil menghadiahkan senyuman.
Raffael ketawa kecil. Perempuan di depannya ini bukan perempuan lemah-lembut biasa, tapi perempuan pakar Judo yang keras hati. Rasa kelakar pula bila nada suaranya berubah lembut begitu.
"Really?" Raffael masih ketawa. Ketawanya terlihat manis.
༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛
"So this is your choice? I thought you will choose some kind of 5 star or 7 star restaurant, but a cafe?" seloroh Evanessa mempertikai pilihan Raffael yang agak mengejutkannya. Selalunya kalau Raffael bawa dia makan di restoran, pasti restoran itu bertaraf 5 bintang dan ke atas saja. Tapi kenapa kali ini pilihannya hanya kafe biasa? Pelik tapi benar.
"Kalau aku pilih restoran 5 ke 7 bintang tu kang, habis pulak semua duit elaun kau untuk one-course meal. So aku tak sampai hati la nak buat macam tu kan..." Raffael berseloroh balas.
"Kalau duit elaun aku tak cukup, apa susah, aku jual jelah kereta yang kau kasi tu untuk our one-course meal ni. Kan?" Evanessa masih tak mahu kalah. Serang balas dengan loya buruk seterusnya.
"Hahaha..." Mereka berdua sama-sama ketawa dengan jenaka loya buruk Evanessa. Banyak belajar daripada Raffael nampaknya dia. Bagus. Anak murid yang berjaya!
"Harris ada cerita kat kau ke pasal aku?" Sudah. Tutup buku tentang isu restoran. Sekarang Raffael beralih kepada isu utama.
"A'ah Harris cerita. I'm sorry, aku cakap kasar and judge kau macam tu sedangkan aku tak tahu apa-apa." Ikhlas dan jujur, Evanessa mengungkap kata maaf. Setelah menghabiskan masa semalaman berfikir, akhirnya dia dapat membuat keputusan matang untuk mengakui kesilapannya.

YOU ARE READING
Mafia Salah Landing
Romance"Perempuan adalah definisi kepada MENYUSAHKAN dan ANNOYING! Kan bagus kalau tak ada yang namanya perempuan dalam dunia ni..." Itulah kata-kata yang selalu diungkapkan oleh pewaris tunggal daripada keluarga mafia berpengaruh, "The Sly Moore", Alexand...