"Ayah, berapa lama ayah pergi outstation ni?" tanya Evanessa kepada Mr. Gerald.
"Dua minggu je," balas ayahnya.
" 'JE' ayah cakap? Summer camp diorang tu pun dua minggu jugak! Kenapa time nilah semua orang nak tinggalkan Eva?"
"Alah, biasanya Eva okey je sorang-sorang kat rumah? Hari ni tiba-tiba takut pulak ke?"
"Bukan takut, tapi stress! Yelah Eva kena tinggal sorang-sorang jaga Atuk dengan Nerra. Tu lagi satu tu, 'Pak Long Fake' patah kaki tu! Tu pun Eva jugak nak kena jaga sorang! Padahal ayah tahu tak, cuti sem kali ni Eva tak nak join summer camp pun tau walaupun Adeline dah pujuk beria, sebab Eva nak rehat tidur je kat rumah lepas penat satu sem ni struggle siapkan proposal FYP." Rungut Evanessa kepada ayahnya.
"Alah, kesiannya anak ayah ni... Takpe ayah dah pesan kat Auntie Mary mintak dia selalu-selalu datang sini tolong Eva. Eh, ha, Eva cakap pasal si Pak Long Fake tu tadi, kenapa dengan dia? Dia buat perangai ke?"
"Memang dia tu perangai sangat pun ayah!"
"Eh, Eva okey ke tinggal dengan dia je kat rumah? Risau pulak ayah."
"Alah, ayah tak payah risau. Ni Evanessa lah. Setakat mamat poyo patah kaki macam tu je, apa je yang dia boleh buat pun? Nak jalan pun tak boleh. Ayah tak payah risau eh, kalau ada apa-apa problem Eva jerit je panggil Auntie Mary. Rumah sebelah je kan?"
"Betul ni? Ada apa-apa Eva terus call ayah tau! Ayah akan sentiasa on phone."
"Hahahaa... Ayah ni risau sangatlah. Okay, don't worry, nanti time bosan pun Eva akan call, kacau ayah."
"Eh, janganlah kacau ayah time kerja pulak."
"Tahu takut, hahahaaa... Okey bye ayah! Safe trip~"
༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛
Raffael termenung memandang kipas di siling selepas itu memandang ke arah luar pintu rumah - bosan! Kalaulah ada handphonenya at least kuranglah sedikit kebosanan Raffael. Tapi malangnya handphonenya sudah hilang entah ke mana. Saat dia sedar, Raffael sudah terbaring di rumah Orang Tua Simon. Bajunya juga sudah tertukar. Tunggu! Siapa yang menukarkan bajunya? Tiba-tiba perkara itu menerjah pemikiran Raffael. Lagi satu, rantai? Ke mana perginya rantai yang sentiasa dipakainya? Rantai kesayangannya itu juga sudah tiada padanya!
"Hoi! Hoi! Hoi perempuan! Ish, pekak ke apa perempuan ni!" Raffael memanggil Evanessa yang sedang duduk fokus membaca novel berkali-kali namun tidak dilayan.
Raffael menjenguk di sekelingnya mencari mana-mana objek yang boleh dibalingnya kepada si perempuan pekak itu. Kemudian matanya terpaku pada anak patung barbie yang bersepah tidak jauh dari jangkauan tangannya.
Raffael mencapai barbie doll itu kemudian bersedia untuk memulakan balingan seperti hendak melempar cakera. Targetnya adalah kepala si perempuan poyo. 1,2,3..."PPAAPP!" Balingan mengenai tepat pada sasaran!
"Aduhhhh!" Evanessa menjeling Raffael dengan pandangan maut lalu bangun dan berjalan menghampirinya.
"Kau pahal huhhh! Dah puas hidup ke?" Bentak Evanessa di hadapan Raffael.
"Uwuuu, takutnya..." Raffael mengejek.
"Kauuuuu! Tak sedar diri kaki patah, ada hati nak cari pasal eh?"
YOU ARE READING
Mafia Salah Landing
Romance"Perempuan adalah definisi kepada MENYUSAHKAN dan ANNOYING! Kan bagus kalau tak ada yang namanya perempuan dalam dunia ni..." Itulah kata-kata yang selalu diungkapkan oleh pewaris tunggal daripada keluarga mafia berpengaruh, "The Sly Moore", Alexand...