Seminggu sebelum 24K Gold Bullion Heist Mission (Mission 24K)
"Young Master, this is the planning for our mission. Planning ni dah disiapkan sejak lima bulan lepas lagi. Untuk mission ni, kita akan ada empat batch. B0, B1, B2, B3. B0 adalah tiga orang informer yang akan berjaga di luar Banca d'Italia vault sebagai 'undercover' untuk hint masa yang tepat untuk B1 mula masuk. B1 adalah terdiri daripada seorang safe-breaker, hacker, explosive expert dan tiga orang protector."
"Sebab kerja ni mesti dibuat secara senyap-senyap dan rahsia, jadi tak boleh ramai. Tapi kita masih ada sediakan backup in case anything happen." Eddy menerangkan kepada Raffael dan Harris dengan bantuan lakaran plan pada gulungan kertas bersaiz B2 yang dibentangkan di atas meja bilik meeting.
"Lepas B1 successfully keluar dari Banca d'Italia, B2(a) yang dah ready tunggu kat luar akan bersedia untuk bawa B1 lepas dari sana dengan selamat. Ada 8 kereta, dua Cadillac Escalade yang akan bawak gold bullion, enam lagi Maserati Quattroporte yang akan escort for protection. Semua kereta yang involve dalam mission ni dah highly modified untuk progress mission yang lebih efficient." Eddy meneruskan lagi penerangan.
"B2 antara batch yang kritikal sebab perjalanan yang agak jauh untuk ke B3 melalui jalan raya. Jadi B2 akan bertukar-tukar escort dan akan disediakan duplicate sebanyak 3 kali di 3 spot untuk mengelirukan possible enemy. So, akan ada 3 sub untuk B2; B2(a), B2(b), B2(c). Setelah sampai ke port, gold bullion akan dipindahkan ke B3, final transportation kita iaitu private jet. Akan ada duplicate private jet jugak untuk tujuan sama sehingga gold bullion selamat sampai ke markas rahsia kita di Pietranera, Genoa Forest."
"Bagi setiap batch, mafia-mafia kita akan bertukar ganti tapi sebagai leader, Young Master mesti ada dalam setiap batch untuk pastikan tak ada penyelewengan berlaku. Macam tu jugak dengan Harris, selaku assistant. So, are you guys ready for it?" tanya Eddy kepada Raffael dan Harris.
"Of course we are!" balas Raffael yakin begitu juga dengan Harris.
"Okey, esok kita akan ada meet up dengan semua team." Eddy melemparkan senyuman tanda berpuas hati.
༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛
Pada hari Mission 24K,
"Raff, kau dah ready?" tanya Adam.
"Yes, let's go!" Raffael bangun dari duduk, ingin mula bergerak, tiba-tiba langkahnya dihentikan oleh Paksunya.
"Raff, aku tak pergi sekali."
"Eh, kenapa pulak?"
"Kalau ayah kau cakap kau yang lead, itu bermakna aku dengan dia takkan join."
"What?" Raffael terkejut.
"Eleh, kau ingat aku tak boleh ke lead sorang kalau korang takde? Ni Raffael lah!" Raffael menjawab yakin, cuba menutupi reaksi terkejutnya tadi.
"Okey, aku tahu nephew aku ni memang gempak! So make sure kau success okey?"
"Hal kecik jelah bro!" Raffael masih lagi menjawab dengan yakin.
Adam kemudian bangun lalu menarik bahu Raffael dan memeluknya. Walaupun Raffael menunjukkan confidence yang meyakinkan, namun perasaan risau masih ada jauh di sudut hati Adam kerana misi yang akan diketuai Raffael untuk pertama kalinya ini adalah misi yang sangat berisiko dan bahaya.
![](https://img.wattpad.com/cover/241735964-288-k834187.jpg)
YOU ARE READING
Mafia Salah Landing
Romance"Perempuan adalah definisi kepada MENYUSAHKAN dan ANNOYING! Kan bagus kalau tak ada yang namanya perempuan dalam dunia ni..." Itulah kata-kata yang selalu diungkapkan oleh pewaris tunggal daripada keluarga mafia berpengaruh, "The Sly Moore", Alexand...