"Kau memang clumsy macam selalu kan?" Raffael mengeluarkan sehelai sapu tangan daripada koceknya lalu mengikat sapu tangan tersebut pada lengan Evanessa yang terluka untuk menghentikan pendarahannya.
Enam orang lelaki tegap bersut hitam berdiri di belakang Raffael yang bagaikan bodyguard yang sedang menjaganya, membuatkan senyuman manis Evanessa tadi berubah menjadi agak kelat.
Melihat perubahan pada ekpresi Evanessa, Raffael pula tertawa kecil, "Kenapa? Kau cuak ke?"
"Asal pulak aku nak cuak?" Nafi Evanessa.
"Tak cuak eh? Okay then. Jom, ikut aku."
"Ikut kau? Pergi mana?"
"Rumah aku."
Mata Evanessa membesar secara spontan mendengar jawapan selamba Raffael.
"Haha.. Tadi kata tak cuak? Tak cuak muka macam tu ke? Ikut aku balik, biar boleh rawat luka kau tulah. Aku pun tak tahulah apa kau fikir..." Raffael berseloroh separa tertawa.
"Mana ada aku fikir apa-apa!" Evanessa bersungguh menafikan.
"Yelah yelah... Dah jom."
Dua buah Audi S8 D5 hitam metalik berhenti di hadapan mereka lalu salah seorang daripada lelaki bersut hitam membukakan pintu untuk mereka berdua.
Raffael memapah Evanessa yang masih tidak memberikan reaksi yang jelas itu untuk bangun dan masuk ke dalam kereta.
Evanessa membeliakkan matanya sekali lagi apabila melihat kereta mewah di hadapannya itu. Patutlah poyo nak mati, anak orang kaya-raya rupanya...
༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛
"Miss, how is your driving experience? Kereta ni selesa kan? Pemanduan terasa smooth and relax kan?" Jurujual kereta di sebelah Yvonne bertanya sambil mempromosikan kereta jualannya itu.
"Hmm, quite okay..." Yvonne mengangguk dengan ekspresi dingin, kurang bersemangat.
"Eh, wait! Tu bukan ke...Raff! Oh my god!" Mata Yvonne terpandang ke sebelah kiri jalan lantas matanya terus terpaku pada seseorang yang serta-merta menghilangkan fokusnya pada pemanduan dan kemudian, "BBAMMM!"
Satu dentuman kuat mengejutkan mereka bertiga yang berada di dalam Porsche Taycan 4S yang baru sahaja berlanggar dengan tiang papan iklan di simpang jalan yang tertulis, 'Berhati-hatilah di jalan raya' itu.
"Miss, are you okay?" Norman segera menyapa Yvonne dari tempat duduk belakang untuk memastikan keadaannya.
"I okey. Tapi tu, Raff kan?" Yvonne mengangkat kepalanya daripada airbag yang terbuka mengalasi wajahnya daripada stereng kereta itu.
Yvonne berpaling semula ke arah kelibat Raffael yang dilihatnya tadi, "Eh, mana dia pergi?"
Yvonne terus berubah panik apabila kelibat Raffael dan kereta yang dilihatnya sebentar tadi telah menghilang daripada pandangannya.
"Oh my god, what happened to this car?" Jurujual kereta tersebut sendiri yang cemas akan keadaan kereta mahal di bawah tanggungjawabnya itu telah tercalar dan sedikit kemik pada bahagian bumper hadapannya.
"Just call pihak Insurans. Segala kos kami akan bayar nanti." Balas Norman selamba kepada jurujual tersebut.
"George, cepat bawak kereta sini. Miss terlibat accident ni. Kita kena bawak dia pergi hospital cepat." Arah Norman dengan tegas dan cemas menerusi panggilan telefon.
YOU ARE READING
Mafia Salah Landing
Romance"Perempuan adalah definisi kepada MENYUSAHKAN dan ANNOYING! Kan bagus kalau tak ada yang namanya perempuan dalam dunia ni..." Itulah kata-kata yang selalu diungkapkan oleh pewaris tunggal daripada keluarga mafia berpengaruh, "The Sly Moore", Alexand...