2 | What Happen to Raffael?

3K 372 291
                                    

Dua orang bodyguard mafia Sir Riffkins Moore dan juga Eddy sendiri datang membawa Raffael ke ruangan khas Sir Moore. Sir Moore sedang berdiri menghadap jendela manakala Madam Moore hanya berdiri, diam di sebelahnya.

"Sir..." Eddy menyapa.

Sir Moore menoleh ke belakang dengan ekspresi marahnya lalu bergerak selangkah ke hadapan menghampiri Raffael. Raffael hanya memandang ayahnya dengan kening berkerut, tidak sedikitpun menunjukkan ekspresi takut atau bersalah, malah pandangan itu jelas menunjukkan bahawa dia masih lagi melawan.

"DUSHHHH!!" Penumbuk sulung Sir Riffkins Moore yang dilayangkan dengan penuh kekuatan mengenai tepat pada pipi Raffael. Pipi berkulit cerahnya mula berubah merah dan bibirnya berdarah. Namun, Raffael masih saja tersenyum sinis dengan muka yang bengang.

Madam Moore, Eddy dan anak buah mafia yang lain hanya membeliakkan mata, masing-masing terkejut namun tidak dapat melakukan apa-apa.

"Bawak dia keluar! Aku tak nak tengok muka dia!" Arah Sir Moore kepada anak buahnya.

Mereka memegang lengan Raffael lalu membawanya keluar.

"Honey, you cubalah berlembut sikit dengan Raffael tu... Kalau you buat dengan kekerasan macam ni sampai bila-bila pun Raffael tak akan setuju." Madam Rosalin memujuk suaminya.

"Tapi I tak boleh kawal dah kemarahan I ni! Budak tu dah makin melampau! Dia dah makin besar kepala!"

"Nanti I cuba cakap dengan dia. Dah you jangan stress-stress sangat. Tak baik untuk kesihatan you tu."

"Thank you Rosalin. I tahu cuma you je yang I boleh harapkan. I bukan apa, I takut Raffael tu jadi macam Adam... Kalau Raffael pun jadi macam tu, keluarga Moore dah takkan ada keturunan lagi. The Sly Moore akan terkubur macam tu je."

"Tapi kan honey, macam mana kalau sebenarnya Raffael tu tak nak kahwin dengan Yvonne? Mungkin dia dah ada calon lain ke?"

"Calon lain? Siapa? Dari keturunan mana? I bukan apa, I pilih Yvonne tu sebab dialah calon terbaik untuk Raffael. Dia berasal dari keluarga mafia yang ada nama jugak. Keturunan diorang pun ada banyak anak. Boleh ke Raffael cari calon yang macam tu sendiri?"

"I'm sorry honey... I tahu ni semua salah I yang tak boleh bagi you anak... Kalau you rasa nak kahwin lain, I tak kesah, I akan izinkan..."

"No honey, you jangan salahkan diri you macam tu. I takkan kahwin lain selain daripada you, I janji. Lagipun I ni dah tua. Sepatutnya Adam dengan Raffael lah yang kena bagi keturunan baru untuk keluarga Moore. Ni semua salah diorang. You jangan salahkan diri you macam tu okey. I'm sorry..." Sir Moore memujuk isterinya yang sudah mula mata berkaca.

Walaupun Sir Moore terlihat sangat bengis di hadapan semua orang, namun dia sebenarnya sangat lembut dan penyayang dengan isterinya. Akan tetapi, hal itulah yang paling dibenci Raffael. Perkara itu jugalah yang menyebabkan Raffael menganggap bahawa kehadiran seorang perempuan hanya akan melemahkan seseorang lelaki.

Meskipun Madam Bethrice Rosalin sudah hadir dalam hidup keluarga Moore hampir 15 tahun, namun Raffael masih tidak mahu menerima Madam Rosalin sebagai pengganti ibu kandungnya. Ya, hanya late Madam Cathriona Moore sahaja satu-satunya wanita yang disayangi Alexander Raffael Moore dalam hidupnya, tiada lagi selepas itu.

"Eddy, panggil Dr. William datang sini sekarang." Sir Moore menelefon Eddy dan mengarahkannya.

"Baik Sir."

Mafia Salah LandingWhere stories live. Discover now