21 | Oh No!

1.1K 166 68
                                    

"Eric..." Orang Tua Simon mencapai tangan Raffael yang sedang berdiri di belakang kerusi rodanya.

"Ya abah?" Raffael duduk di depan Orang Tua Simon sambil tangannya masih lagi digenggam erat.

"Terima kasih sebab tak tinggalkan abah..."

"Apa abah cakap ni? Eric takkan tinggalkan abah. Eric kan anak abah?" Raffael menafikan kegusaran hati lelaki tua yang dianggap bapa walau hakikatnya bukan.

"Betul tu. Eric anak abah dan selamanya pun tetap anak abah." Sambung Orang Tua Simon lagi.

Auntie Mary hanya menyaksikan adegan dua beranak yang tiba-tiba saja sentimental itu.

Kedengaran bunyi kereta dari arah luar.

Sebuah teksi tiba di perkarangan rumah keluarga Martin. Mr. Gerald Martin dan anak-anaknya sudah sampai. Mereka sampai lewat kerana pulang ke Chioggia dari Roma menaiki kereta api. Mr. Gerald menolak ajakan Raffael untuk pulang dengan jet peribadinya. Jadi, hanya Raffael, Orang Tua Simon dan Auntie Mary saja yang pulang dengan jet.

"Ha, tu pun diorang dah sampai," ujar Auntie Mary setelah menjenguk melalui tingkap.

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

Bunyi tapak kaki seseorang sedang berjalan menghampiri ruang tamu dapat didengari Sir Riffkins Moore yang sedang khusyuk membaca surat khabar di sofa.

"Raffael." Sir Moore memanggil anaknya yang laju saja jalan menonong tanpa melihat kiri kanan.

"Ya papa?" Langkah laju Raffael terjeda seketika.

"Malam ni, aku dah jemput keluarga Yvonne untuk dinner kat rumah kita, untuk bincangkan pertunangan korang yang tertangguh hari tu."

"What? Bukan... bukan dah cancel ke benda ni?" Terkejut bukan kepalang Raffael dibuatnya.

"Cancel? Siapa kata? Aku tak pernah kata pun. Lagipun kau tak ada bawak sesiapapun calon untuk replace Yvonne, so I took that as a proceed." Selamba Sir Moore memberi alasan.

"No no no! Papa tak boleh buat macam ni, seriously! Dari dulu lagi saya memang tak nak kahwin dengan Yvonne, papa tahu tu kan?" bantah Raffael.

"Aku tahu, tapi kau mesti kahwin untuk bagi keluarga Moore keturunan. Fullstop! Dinner pukul 9 malam ni okey. Get ready."

Sir Moore bangun dari duduk lalu beredar begitu saja meninggalkan Raffael bengong sendiri.

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

"Bullshit! Orang tua tu memang dah gilalah! Berapa ratus kali aku nak kena bagitahu dia yang aku tak nak kahwin dengan bitch tu!" keluh Raffael berang.

"Kau tahu kan papa kau, apa dia nak dia mesti kena dapat. Dia nak kau kahwin tapi kau tak bawak calon, then itulah..." Harris memberi pandangannya.

"Ish, kau ni, bukan nak bagi cadangan bernas sikit ke apa... pergi join bebelkan aku pulak! Aku rasa dah macam drama TV pukul 7 dah pulak kena paksa-paksa kahwin ni. Padahal aku ni mafia kot! Jatuh martabat aku doh macam ni!"

"Okeylah sorry sorry... Ha, kalau Eva macam mana?" Spontan Harris memberi usul.

"Eva? Kenapa dengan Eva?" Raffael masih blur.

"Macam mana kalau kau bawak dia sebagai girlfriend kau?"

"Hoi, kau gila ke? Eva tu bukan girlfriend akulah bongok!"

Mafia Salah LandingWhere stories live. Discover now