"Kau rembat motor orang eh?" Evanessa mula mengesyaki sesuatu.
Raffael sekali lagi menjongket bahu.
"Cepatlah, nak naik tak? Kalau tak, aku tinggal je kau kat sini."
"Yelah yelah..." Evanessa akhirnya akur lalu duduk membonceng di belakang Raffael.
Raffael menggerakkan motorsikalnya perlahan-lahan.
"Eh, jap! Helmet pun takde ke?"
"Kau kata aku rembat motor orang kan tadi? Motor rembat mana dapat set dengan helmet sekali." Sindir Raffael kemudian terus meluncur laju, malas melayan sesi soal siasat si perempuan becok.
Evanessa membesarkan matanya terkejut dengan kelajuan tunggangan Raffael. "Dia ni nak mati cepat ke? Dah lah tak pakai helmet! Aku tengah bonceng mat rempit ke ni?" Monolognya yang sedang terkejut sendiri. Hari ini terlalu banyak kejutan diberikan 'Pak Long' yang selama ini hanya terlantar di katil. Sebelum ini hanya mulut lasernya saja yang menyerlah, tapi hari ini sikap 'rempit'nya pula. Excuse me, ni mafia, bukan rempitlah perempuan!
"Hoi, bawaklah slow sikit! Kau nak mati cepat ke? Ni motor EX5 je, bukan Ducatti weh!" Evanessa menepuk bahu Raffael beberapa kali kerana tidak dilayan.
Raffael masih tidak mempedulikan Evanessa sama sekali malah mula menyelit-nyelit di antara kereta-kereta lain di jalan raya. Evanessa hanya mampu mencengkam baju Raffael dengan kuat kerana tegurannya tidak dilayan. Dia masih belum ingin mati muda!
Raffael kemudian memberhentikan motornya secara mengejut di hadapan sebuah farmasi.
"Kau nak beli apa kat farmasi?"
"Tu, leher kau tu. Kau nak balik dengan leher macam tu ke?"
"Kenapa?" Evanessa meraba-raba lehernya kerana tidak dapat melihat apa yang dimaksudkan Raffael.
"Sini." Raffael berhenti di hadapan dinding lutsinar kaca yang agak legap bersebelahan pintu luar farmasi dan memanggil Evanessa agar dia dapat melihat sendiri keadaan lehernya di situ sebagai ganti kepada cermin.
"Huh!" Evanessa terkejut apabila melihat kesan jerutan yang masih merah dan jelas pada lehernya. "Tak guna punya si gergasi!"
"Jom." Raffael berjalan masuk ke farmasi dan Evanessa mengikutinya.
༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛
𝙋𝙚𝙨𝙖𝙣𝙖𝙣 '𝙥𝙚𝙣𝙖𝙟𝙖' 𝙖.𝙠.𝙖 𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧 😎 :
𝘾𝙝𝙤𝙥𝙥 𝙘𝙝𝙤𝙥𝙥! 𝙎𝙞𝙡𝙖 𝙨𝙘𝙧𝙤𝙡𝙡 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙠𝙖𝙩 𝙝𝙚𝙖𝙙𝙚𝙧 𝙗𝙖𝙡𝙞𝙠 𝙟𝙖𝙥, 𝙨𝙬𝙞𝙥𝙚 𝙩𝙚𝙥𝙞 𝙖𝙣𝙙 𝙩𝙚𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙡𝙖𝙮 𝙡𝙖𝙜𝙪 𝙮𝙜 𝙖𝙪𝙩𝙝𝙤𝙧 𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙪𝙩𝙠 𝙥𝙖𝙧𝙩 𝙣𝙞. 𝘽𝙖𝙜𝙞 𝙛𝙚𝙛𝙚𝙚𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙨𝙞𝙠𝙞𝙩 𝙜𝙞𝙩𝙪𝙬𝙬~~ 😜😜
༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛"Weh, stop sini."
"Kenapa?"
"Takkan aku nak pakai benda ni kat rumah? Nanti kantoilah. Eme dengan El mana tidur lagi waktu macam ni."
"Ohh, okey." Raffael bersetuju.
Mereka berhenti di tepi pantai berhampiran sebuah rumah api. Raffael dan Evanessa duduk di atas batu-batuan besar yang menerima pancaran cahaya paling terang daripada rumah api.
YOU ARE READING
Mafia Salah Landing
Romance"Perempuan adalah definisi kepada MENYUSAHKAN dan ANNOYING! Kan bagus kalau tak ada yang namanya perempuan dalam dunia ni..." Itulah kata-kata yang selalu diungkapkan oleh pewaris tunggal daripada keluarga mafia berpengaruh, "The Sly Moore", Alexand...