"Aku nak korang periksa semua bahagian kargo!" arah Adam tegas.
Semua anak buah The Sly Moore bergegas berpecah untuk memeriksa keseluruhan bahagian kargo.
Tidak lama kemudian, seorang daripada anak buahnya keluar bersama sehelai kertas dengan reaksi cemas.
"Master... Master... ni ada mesej diorang tinggalkan!"
Terima kasih untuk senjata api berkuasa tinggi ni.
Kami akan gunakan sebaik mungkin.
Apa? Tak puas hati?
Datang ke gudang lama Viterbo esok pukul 5.
Kita buat perhitungan!"Tak guna! Diorang nak main-mainkan kita!" tutur Adam sambil merenyuk kertas di tangannya melepas amarah.
༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛
"Aku gerak dulu okey pergi hospital. Nanti sebelum pukul 5 aku balik." Raffael menepuk bahu Adam sebelum bergerak ke pintu.
"Kalau kau tak nak join pun takpe je Raff. Kau jaga je Orang Tua Simon tu. Kalau dia dah sedar nanti mesti dia cari kau," ujar Adam tenang.
"Takde takde! Aku nak join jugak! Kau jangan nak memandai left me behind okay!" Raffael pula selamba memberi amaran.
"Okeylah bosku... Kitorang tunggu kau okey!"
"Okey bagus... Okey aku gerak dulu." Raffael tersenyum berpuas hati.
༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛
Pintu bilik rawatan Orang Tua Simon dikuak dari luar. Evanessa yang sedang duduk di dalam menoleh untuk melihat gerangan yang membuka pintu.
"Eh, kau datang jugak hari ni? Bukan kau kata ada hal ke?" Pantas saja bibirnya melancarkan soalan kepada Raffael yang baru saja masuk.
"Memang aku ada hal tapi aku rasa nak datang dulu sekejap."
"Oh, okey," respon Evanessa menerima jawapan itu.
"Bila family kau sampai?" Giliran Raffael pula mengajukan pertanyaan.
"Esok petang kot."
"Kan aku cakap nak sponsor duit flight, kenapa diorang nak naik train jugak? Kan lama tu nak sampai?"
"Hmm, ayah yang tak nak. Dia cakap kitorang tak boleh terima kebaikan banyak sangat daripada kau," jawab Evanessa jujur.
"Lol, what a bullshit..." Raffael berdecit dengan senyuman sinis.
"Ha, alang-alang kau dah sampai ni, aku nak keluar pergi beli makanan kejap. Kau nak apa-apa tak?" Evanessa bangun lalu mencapai sweater merahnya.
"Hmm, takde kot." Raffael menolak.
"Betul ni? Okey aku gerak dulu."
"Okey."
༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛
Raffael menjenguk jam di tangannya dan jam sudah menunjukkan pukul 4.10 petang. Hanya ada lebih kurang 50 minit saja lagi untuk pulang bagi melaksanakan misi serangan ke gudang lama yang berpuluh kilometer juga jauhnya daripada bandar Rome.
Tanpa membuang masa, Raffael segera mengangkat punggungnya dari kerusi untuk bergegas pergi. Dia perlu bergerak ke lokasi tersebut sekarang sekiranya tidak mahu lewat. Ini pun sudah dikira lewat sebenarnya. Tapi bagi si pelumba jalan raya seperti Raffael masih dikira sempat.
YOU ARE READING
Mafia Salah Landing
Romance"Perempuan adalah definisi kepada MENYUSAHKAN dan ANNOYING! Kan bagus kalau tak ada yang namanya perempuan dalam dunia ni..." Itulah kata-kata yang selalu diungkapkan oleh pewaris tunggal daripada keluarga mafia berpengaruh, "The Sly Moore", Alexand...