BAB 51

0 15 1
                                        

Semalam Adam ada call aku untuk beritahu keadaan Irjad tapi tidak detail. Maka hari ni aku ambil keputusan untuk turun ke Hospital D'Rose. Lagi pula aku dah lama tak turun lawat kawasan. Dah tak ada kerja ni bolehlah buang masa lawat kawasan.

"Hello Doktor Adam." Aku main terjah je masuk dalam bilik Adam.

"Ketuk pintu dululah sebelum masuk." Adam terkejut memandang aku. Yang peliknya pahal Syiha pun ada dalam ni.

"Opss sorry sorry." Aku menutup semula pintu. Dan aku ketuk dan terus masuk.

"Kau bangun, bagi aku duduk pula." Aku tarik Syiha dan terus aku duduk dikerusi yang dia duduk tadi.

"Ehh dia ni sibuklah." Syiha tolak bahu aku.

"Ewah kau tu yang sibuk, pergi buat kerja sana. Berkepit saja. Aku report dekat Iskandar nanti baru tau." Aku saja sakat dia.

"Pahal nak mention nama Iskandar pula ni?" Syiha bersilang tangan ke dada.

"Sebab kau dengan dia dah macam laki bini yang tak ingat diri. Masing-masing ego marah lama-lama. Esok salah sorang hilang baru masing-masing ada akal." Adam hanya memerhati sahaja.

"Haa kau, aku nak tau pasal Irjad. Apa cite dia? Hidup lagi tak?" Aku ketuk meja Adam untuk menarik perhatiannya daripada melihat komputernya. 

"Oh haa ingatkan nak sambung borak tadi." Adam mengalihkan pandangan dia dari komputer.

"Cepatlah, aku cepuk kepala baru tau."  Aku mengacah nak cepuk kepala Adam.

"Semalam aku dah periksa keadaan dia aku tengok kaki dia injured teruk tu. nampak gayanya dia lumpuh separuh badan. Dia dah tak boleh berjalan tapi tangan masih berfungsi." Adam membaca reportnya.

"Lumpuh dia tu boleh sembuh ke tak?"

"Tengok keadaan kalau semangat dia kuat mungkin boleh sembuh. Tapi dari pandangan saya dengan situasi sekarang emosi dia tak stabil dan semangat dia tak ada agak sukar untuk dia pulih. okay itu sahaja dan dia boleh keluar esok sebab dia tak teruk mana pun. Lumpuh je."

"Esok aku nak kau suruh Darwish sediakan kereta untuk hantar dia balik rumah keluarga dia. Siapkan sekali ubat dan kelengkapan perubatan untuk dia selama setahun. Genap setahun keluarkan dia dari list pertolongan aku. Kerusi roda pun sediakan untuk dia.  Okay dah aku nak balik." 

"Oh yaa ini bagi dekat dia dan ucapkan salam takziah daripada aku untuk ibu dia. Dan pesan dekat dia lepas ni jangan pernah anggap aku ada dalam hidup dia. Anggap aku dengan dia tak pernah kenal. Cau." Aku menyerahkan sepucuk sampul surat yang berisi duit.

"Baiklah." 

"Kau meeting malam ni jangan jadi setan hasut budak Adam tu datang lewat pula. Iskandar marah nanti baru padan muka kau. Meeting malam ni atas arahan Iskandar, jangan main-main dengan dia. Faham?" Aku memberi persanan kepada Syiha sebelum keluar dari bilik Adam.

"Weh Lys. Tunggulah kejap." Syiha belakang aku.

"Apo kau nak. Pi lah berkepit dengan anak ikan kau tu.Haha."

"Mulut kau ni aku tampar baru tau. Kuang ajo." Syiha tepuk bahu aku.

"Betullah apa aku cakap. HaHaha." Aku sambung jalan.

"Kau ikut aku ni nak pergi mana?" Aku berhenti dan memandang Syiha.

"Ikut baliklah. Kau nak balikkan?" 

"Aku nak jumpa Iskandar sibuk je nak ikut. Tu adik Adam dekat dalam sana tu siapa nak jaga?" 

"Kesah apa aku nak ikut juga." Ehh dia ni gatal je dengan Iskandar. Si Iskandar pun sama je dua kali lima. Menyampah pula aku. 

D'ROSE (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang