Tengku Natasya sudah menjadi arwah selepas Tengku Farzeeq mendapat tahu bahawa dia merupakan perempuan yang menghalang perjalanan untuk ke hospital tempoh hari. Semua ahli kumpulan Tengku Natasya menjadi ahli kumpulan Tengku Farzeeq. Manakala Majlis persandingan Syiha ditangguhkan. Selepas menikah, Syiha dan Iskandar terpaksa terbang ke New Zealand untuk menguruskan masalah yang berada disana.
"Malam ni kau jangan lupa datang majlis aku." Syiha datang menjemput aku untuk ke majlis persandingannya malam ini.
"Iyee aku datang. Nak aku jadi pengapit tak?"
"Ahh tak payah dengan perut macam ikan buntal ni. Kang meletop atas pelamin tu tak pasal je." Syiha terus melarang.
"Kurang ajar ehh." Aku jeling Syiha. Mulut budak ni makin tak ada insurans sejak dah duduk satu bumbung dengan Iskandar.
"Haha. okaylah aku balik dulu." Syiha meminta diri untuk pulang.
"Elok-elok bawa anak dara senget ni balik. Ehh silap, mak orang senget." Aku memberi pesanan kepada Iskandar yang tunggu di dalam kereta sejak tadi. Syiha pun tidak singgah lama.
"Mulut mak buyung ni kalau makan cabai baru elok sikit agaknya." Syiha mencubit lengan aku.
"Sakitlah gila."
"Werkkk" Syiha menjelir lidah dari tingkap. Aku melambai kereta mereka pergi.
Malam...
"Abiyy cantik tak?" Aku mengenakan baju kelabu sedondon dengan Tengku Farzeeq.
"Cantik sayang. Sayang abiy ni pakai apa pun cantik." Tengku Farzeeq sudah siap dengan pakaiannya menanti aku dengan penuh sabar.
"Dah jom." Tengku Farzeeq bangun dan mendekati aku di meja solek.
"Eh belum siap lagi laa. Ni makeup belum pakai lagi." Aku menunjukkan barang-barang makeup aku yang tersusun di atas meja solek.
"Tak payah pakai benda ni semua laa.. Sayang tu bukan boleh lama pun dekat dalam dewan tu nanti. Kita pergi sekejap je okay? Baby kita ni tunggu masa je nak keluar. Kesian dia penat kalau lama-lama dekat sana tu nanti." Tengku Farzeeq memujuk aku.
"Hmm yelaa. Saya pakai bedak sikit je boleh?" Aku menayang bedak ke muka Tengku Farzeeq.
"Bedak sahaja boleh." Tengku Farzeeq mengusap kepala kau lembut. setelah siap kami bertolak ke dewan tempat persandingan Syiha dan juga Iskandar.
"Hai pengantin lama, lambat sampai." Akmal menegur aku dan Tengku Farzeeq.
"Pengantin lama pun kira pengantin juga daripada single macam kau. Werk." Aku perli dan terus duduk di meja VIP. Akmal menjeling aku tidak puas hati dengan kata-kata sindiran aku. Tengku Farzeeq hanya mampu menggeleng kepala sahaja.
"Cantikkan anak kita." Aku teruja melihat Ros menjadi flower girl.
"Tengoklah siapa daddy dia."
"Amboi kemain ye awak Tengku Farzeeq. Ini anak sah awak." Aku angkat kening dan memandang perut aku.
"Hehe yelaa Ros tu anak saya juga sebab awak mummy dia. Ish dia ni." Tengku Farzeeq mencubit pipi aku.
"Kini giliran sahabat pengantin ke pentas untuk sesi berganbar." Pengacara majlis itu memanggil kami pula selepas keluarga Syiha dan Iskandar selesai sesi merenjis dan bergambar.
"Selamat pengantin baru Syiha, Is" Aku memeluk Syiha dan memberi senyuman kepada ISkandar.
"Terima Kasih." Mereka menjawab serentak.
"Selamat pengantin baru bro. Senget." Tengku Farzeeq berjabat tangan dengan Iskandar dan sempat sengih kepada Syiha. Syiha tayang muka bengang.
"Kau tengok laki kau ni, sempat lagi dia panggil aku senget."Syiha berbisik ke telinga aku.
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
General FictionIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
