"Afzan kau pergi tengok apa jadi dekat belakang sana" Aku mengarahkan Afzan untuk melihat bilik kurungan kerana bunyi pintu besi itu hanya dari bilik kurungan. Seluruh tempat di dalam markas ini dikelilingi kaca dan nampak seperti istana kaca pun ada. Bagi aku markas kita perlu lain daripada yang lain. Tidak semestinya markas harus diimaginasikan sebagai tempat yang kotor seperti gudang lama.
"Baiklah Queen" Afzan menurut perintah.
"Perhimpunan kita tamat disini dan semua boleh bersurai." Aku menamatkan perbincangan dan mengarahkan semua bersurai supaya aku boleh meneruskan tujuan utama aku untuk ke sini awalnya.
"Kau ketua apa Lys? Ni kumpulan gangster ke weh? Sejak bila kau jadi gangster ni?" Bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Syiha sebaik sahaja semua ahli Red Rose bersurai.
"Dah mula dah wayar-wayar otak dia berfungsi. Ni yang malas aku nak menjawab." Aku memandang Iskandar dan Ros yang berada diriba Iskandar.
"Kita ni ahli jemaah masjid awak. Awak tak tau ke? Kawan awak ni imam dekat salah sebuah masjid yang terbesar di Malaysia ni." Iskandar menjawab persoalan Syiha. Syiha melopong memandang Iskandar.
"Tutup mulut ni Cik adik nanti langau masuk terus angau kau nanti." Aku menaikkan dagu Syiha keatas untuk menutup mulutnha yang melopong tadi.
"Betul ke weh?" Syiha memandang aku pula. Muka dia sungguh teruja.
"Esok aku hantar kau ke sekolah agama sekolah rendah tau. Malam ni aku daftarkan kau sebagai murid khas disana supaya kau diberikan lebih perhatian." Aku memegang kedua-dua pipi Syiha.
"Haa? Kenapa aku kena masuk sekolah agama semula? Aku dh tua lah." Syiha bengang.
"Awak ni lembap juga ye. Mana ada imam seorang perempuan. Mazhab mana awak ikut ni? Aduh macam manalah dia ni boleh jadi ahli kumpulan kita ni Elys." Iskandar menolak dahi Syiha. Aku yang berada ditengah-tengah mengelak dan membiarkan mereka bertengkar dahulu.
"Oh kau bodohkan aku eh?" Syiha bangun lalu diambilnya Ros dari Iskandar dan dihulurkan kepada aku. Syiha menendang Iskandar sehingga dia meluncur dengan kerusi berodanya ke hujung dinding sebelah belakang.
"Elyss tolong saya!" Iskandar menjerit meminta pertolongan apabila Syiha semakin menghampirinya.
"Lantak kau lah malas aku nak masuk campur hal rumah tangga orang. Aku cau dulu." Aku terus berlari membawa Ros ke bilik kurungan. Aku sempat mengambil topeng muka aku di dalam pejabat aku yang tersedia di dalam markas itu.
"Elyss!" Gabungan jeritan daripada Iskandar dan Syiha membuatkan aku lagi laju berlari meninggalkan bilik perjumpaan. Aku tau perkataan aku tadi mengundang maut sekiranya aku masih berdiam diri disitu. Haha.
"Sayang duduk dengan Uncle Akmal sekejap ye, mummy ada kerja sikit nak buat." Aku memujuk Ros untuk duduk bersama Akmal yang merupakan hacker Red Rose.
"Nanak miy" Ros tidak mahu ditinggalkan bersama Akmal.
"Uncle ada ni" Akmal menghulurkan sekuntum bunga ros merah kepada Ros.
"Wah! Nak! Miy gi" Ros memegang kedua pipinya teruja melihat bunga ros ditangan Akmal. Dan dia menolak tubuh aku untuk pergi kerana dia hendak duduk bersama Akmal. Dia tahu bahawa aku ada disitu aku tidak akan membenarkan dia memegang mahupun bermain dengan bunga ros tersebut.
"Mal buang duri tu sebelum bagi dia. Aku nampak secalit luka dekat dia siap kau." Aku terpaksa membiarkan dia bermain dengan bunga ros kali ini kerana aku hendak melakukan tugas aku.
"Alright Queen" Akmal mendukung Ros dan dibawa ke bilik yang tersimpan pelbagai warna bunga ros. Ianya seperti taman bunga ros tetapi setiap bunga ros tersebut ditutupi dengan dinding kaca supaya Ros tidak dapat memegang bunga tersebut.
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
Ficción GeneralIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
