Aku hanya pulang ke kampung untuk dua hari sahaja. Kalau aku tau aku kena hadap perkara yang bukan-bukan tak akan aku jejak ke kampung lagi walaupun bonda nak gelar aku anak derhaka sekali pun. Ini kali terakhir aku balik kampung konon ada perkara penting nak bincang. Masalahnya bukan perbincangan yang berlaku tapi perbalahan dan pertelingkahan antara satu sama lain.
[Red Rose Group]- WhatsAp
*Esok aku nak semua datang ke Teratak Red Rose*- Aku
*Asal*- Syiha
*Kenapa Queen*- Akmal
*Why*- Adam
*Aku nak semua buka laporan bulanan esok. Rasanya dah lama aku tak semak laporan kau orang semua. Dan aku ada kerja sikit untuk kau orang.*
*Kerja apa tu?*- Khuzay
*Ada fun-fun ke bos? Hehe*- Hakimi
*A lot of fun for all of you. Wait and see. Bye*- Aku
*Wahh, dah lama tak operasi ni. Tak syabarnyaa*- Akmal
*Bab pedajal orang kau sukalah kan Mal. Tak guna betul!*- Jack
*Ehh gila tak suka, memang kepakaran aku. Hahaha. Kau ada teringin nak kena hack dengan aku lagi ke? Kalau ada roger je*- Akmal
Aku hanya memerhati telatah anak-anak buah aku di dalam group WhatsAp. Akmal sebut tentang hack Jack, aku teringat dulu Akmal pernah hack Senapang dan senjata Jack yang lain. dia letaknya baby tomato yang dah busuk tu dalam senjata Jack. Lepas tu entah macam mana dia hacknya senjata orang tu time latihan dia menembak ke sasaran namun tomato itu keluar dari belakang senjata dan tepat kena ke muka Jack. Habis busuk siap ada ulat pula tu dekat muka Jack. Memang gelak besarlah Akmal dapat mengenakan orang tu. Hahaha.
*Seen*- Jack
*Seen*- Adam
*Seen*- Syiha
Oleh kerana semua orang pernah kena hack dengan Akmal, mereka semua berpakat mengenakan Akmal dengan menghantar*seen* secara berjemaah. Aku tak tau siapa bakal terkena esok dengan Akmal. Akmal ni kepala otak dia bukan betul sangat.
"Lys apa ceritalah apa jadi dekat kampung? Kenapa bonda suruh kau balik?" Syiha masuk ke bilik aku terus baring atas katil aku.
"Bonda suruh aku kahwin dengan anak kawan ayah aku." Aku masih fokus ke screen phone.
"What?! Seriuslah weh?" Syiha terus tegak terduduk memandang aku.
"Ye. Eh kau ni menjerit macam kau pula yang kena kahwin." Aku menjeling ke arah Syiha.
"Habis tu kau terima ke?"
"Aku tak sempat nak menolak dia orang dah terima. Aku tak ada pilihan."
"Tengku Farzeeq macam mana?"
"Apa kaitan aku dengan dia pula? Aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan pun selain pekerja dengan majikan. Kau jangan nak memandai kenenkan aku dengan dia." Tajam mata aku memandang Syiha. Apa kes kaitkan aku dengan si gagak tu.
"Aik dia suka kau takkan kau tak nampak?"
"Baik aku terima Iskandar daripada dia. Iskandar baik, pandai jaga anak aku,hensem, kaya. Kiranya Iskandar tu sempurnalah kat mata aku. Kau tengok sekarang ni Ros dah jumpa papa dia tak ingat aku langsung. Dapat juga aku rehat tapi dia tak pernah merungut nak melayan karenah budak kecil tu."
"Ikut suka kau lah Lys, malas aku nak masuk campur isi hati kau."
"Aik bunyi macam kecewa je." Aku memerhati raut wajah Syiha dah mula berubah.
"Mana ada. Aku ada Adam. Werkkk" Sempat dia menjelir lidah.
"What?! Kau dah declare ke dengan dia? Sejak bila? Kau tau tak umur dia berapa Syiha?" Aku berpusing 360 darjah.
"Haha mana ada. Bye jumpa esok." Syiha terus berlari meninggalkan bilik tidur aku.
Hari ini merupakan hari perjumpaan tergempar untuk kumpulan Red Rose di Teratak D'Gerose. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar hari ni. Aku sudah bersiap awal pagi memakai baju rasmi kumpulan kami. Aku dan Syiha pergi berasingan kerana Syiha ada tempat lain hendak dituju sebelum ke Teratak D'Gerose.
"Semua masuk bilik meeting sekarang." Syazwina merangkap PA aku memanggil semua yang berada di luar bilik meeting setelah aku masuk ke dalam bilik itu.
"Syiha, aku nak kau buat kerja kau betul-betul hari ni. Satu maklumat pun aku tak nak kau terlepas daripada dia orang semua ni. Faham?" Aku mengalihkan pandangan aku ke sebelah Iskandar mencari kelibat Syiha.
"Mana Syiha?" Aku bertanya kepada Syawina.
"Tak tau Queen. Saya ingat dia datang dengan Queen tadi tapi tengok Queen sorang je masuk." Raut wajah Syazwina sudah berkerut pelik.
"Tak dia datang berasingan dengan aku. Tapi takkan tak sampai lagi. Aku dah pesan jangan lambatkan semalam! Kau cari dia sekarang!" Aku sudah melenting.
"Sabar Lys, mana tau dia ada kecemasan ke. Lagi pula masih ada lima minit sebelum kita mula." Iskandar cuba menenangkan aku. Semua memandang aku pelik kerana naik angin dengan sahabat sendiri.
"Cik Syiha dah sampai Queen." Syazwina muncul di pintu masuk bilik meeting dan wajah Syiha terpacul.
"Pahal kau lambat? aku dah suruh datang awalkan?" Aku memandang Syiha yang sedang tersengih kelat.
"Sorry, budak ni jemput aku lambat tadi." Syiha menarik tangan Adam masuk dan berdiri sebelah dia.
"Hehe. Sorry guys." Adam menggaru kepalanya kerana malu atau mungin takut terkantoi ramai yang dapat membau hubungan mereka berdua.
"Duduk cepat. Habis meeting ni aku nak jumpa gengan kau orang berdua." Syiha dan Adam berlari duduk. Dan aku hanya memerhati sahaja mereka berdua. Sepatutnya tempat duduk Syiha di sebelah Iskandar namun dia mengambil tempat di sebelah Adam.
"Iskandar, open your presentation first." Aku memanggil Iskandar terlebih dahulu kerana dia pemegang terbesar saham dan kerja-kerja dalam kumpulan Red Rose.
"Okay. Syarikat-syarikat kita yang berada di New Zealand aku dah serahkan kepada Zahid iaitu second boss di sana. Aku akan turun sekali-sekala sahaja memandangkan aku sudah mula menetap di Malaysia.Ahli kumpulan kita yang berada di sana aku dan Hakimi akan pantau dari sini. Hospital D'Gerose di bawah kawalan Farah kerana aku sudah bawa Adam ke Malaysia jadi Farah akan mengambil alih tugasan dan membuat laporan tentang hospital di sana. Fail sebelah awak tu terkandung semua laporan yang telah disediakan oleh Farah dan Zahid, saya baru sahaja mengambilnya beberapa hari yang lepas. Soal markas kita di New Zealand dan di Malaysia buat masa ini tidak ada sebarang serangan daripada musuh tetapi kita jangan mudah lalai dengan situasi tenang sekarang ini kerana musuh kita akan datang bila-bila masa sahaja."
"Ini saya ada sediakan senarai musuh-musuh kita yang belum datang menyerang. Sebelum ini parents kepada Ros meninggal, semua kumpulan ini pernah cuba menyerang kita tetapi mereka berhenti seketika apabila mendengar berita kematian ibubapa Ros." Iskandar menghuluan senarai tersebut kepada aku.
"Kau salin tak apa Iskandar cakap ni Syiha?" Aku rasa hilang fokus apabila melihat Syiha yang dari tadi membelek si Adam tu.
"Salinlah." Sempat lagi dia memandang Adam sambil menghadiahkan senyuman kerang busuk dia tu. Aku pula yang rasa nak sepak muka dia.
"Okay, Next."
Meeting tersebut terus berjalan lancar sehinggalah semua orang yang aku telah lantik menjadi orang-orang penting aku membentangkan laporan mereka. Aku hanya akan membantah dengan keputusan Iskandar yang melantik orang-orang penting yang berada di New Zealand selepas aku mengambil alih Red Rose sepenuhnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
Ficção GeralIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
