"Hai kak Nira" Aku melangkah masuk ke pejabat.
"Hai Cik manis. Muka ada banyak cuka pagi ni kenapa?" Kak Nira selalu dapat meneka riaksi wajah aku.
"Haha mana ada akak ni. Saya masuk dulu." Aku terus masuk ke pejabat aku sambil meminpin tangan Ros yang berjalan terkedek-kedek.
"Sayang duduk sini diam-diam tau, jangan kacau mummy nak buat kerja." Aku menyuruh Ros duduk di rumah permainan yang Terngku Farzeeq sediakan untuknya supaya Ros tidak bosan datang ke pejabat dan menganggu orang lain.
"Okay Miy" Ros membuat isyarat tangan okay dan terus bermain masak-masak.
"Akak tolong bawakan saya fail projek baru yang Tengku sebut dalam meeting minggu leas tu boleh? Saya nak siapkan projek tu segera. Terima kasih." Aku menekan telekom telefon yang dihubungkan kepada Kak Nira.
'Tok' 'Tok'
"Masuk"
"Letak je atas meja fail tu kak, nanti saya ambil. Terima kasih." Aku sedang fokus menghadap kerja hanya memberi arahan tanpa memandang orang yang masuk ke pejabat aku. Aku yakin itu Kak Nira sebab baru saja tadi aku menyuruh dia ambilkan aku fail projek.
"Apa hubungan kau dengan Iskandar?"
"Oh mak kau!" Aku punya terkejut sehingga terbaling pen ke bawah. Aku sangkakan Kak Nira rupanya Tengku Farzeeq. Besar pangkat kau Elys bagi arahan dekat bos kau tadi! Malu sendiri aku.
"Aku tanya apa hubungan kau dengan dia?"Tengku Farzeeq mendekati meja aku dan duduk di kerusi hadapan meja aku.
"Kawan" Aku kembali tenang dan menjawab soalan Tengku Farzeeq.
"Aku nak jumpa kau malam ni." Tengku Farzeeq bangun dan ingin keluar dari pejabat aku.
"Tak boleh. Saya ada hal lain." Aku menjawab tanpa memandang Tengku Farzeeq.
"Aku tak peduli. Kau kenalkan aku siapa?"Tengku Farzeeq memberi ugutan kepada aku kerana dia sudah membocorkan identitinya kepada aku tempoh hari bahawa dia seorang mafia.
"Arghhhh" Aku menjerit dan mambaling pen aku ke pintu selepas Tengku Farzeeq keluar dari pintu itu dengan rasa tidak bersalah selepas menyakiti hati aku. Tuhan saja yang tahu betapa aku bersabar dengan lelaki itu.
"Miyyy. Hiks hiks hiks" Ros sudah mula hendak menagis kerana terkejut melihat aku.
"Ya Allah, sorry sayang mummy tak sengaja. Mummy tak marah sayang pon. Jangan nangis okay?" Aku berlari memeluk Ros yang berdiri tegak memandang aku.
"Huwaaa!!" Ros sudah menangis dengan kuat. Terkejut sangat agaknya. Aku memang tidak pernah marah atau meninggikan suara dihadapan dia selama ini. Oleh sebab itulah dia agak terkejut dengan apa yang terjadi hari ni.
"Sayang nak Aiskrim? Kalau nak aiskrim jangan nangis okay?" Aku cuba memujuk lagi.
"Nanak! huwaa!" Ros mengesat-ngesat air matanya yang makin lama makin banyak meleleh dengan pakej hingus.
"Okay anak mummy nak apa? Bagitau mummy cepat" Aku mendukung Ros dan bawa duduk di sofa.
"Nak papa. Hiks" Tersedu-sedu Ros menyebut nama papanya. Dia memang manja dengan papa dia. Kalau nangis mesti cari papa dia, Iskandar.
"Alright mummy call papa sekarang." Aku mencapai telefon bimbit aku di dalam beg tangan dan terus mendail nombor telefon Iskandar.
*Assalamualaikum. Is, kau dekat mana?*
*Waalaikumsalam. Saya dekat markas ni. Kenapa? Wait. Ros menangis ke?* Iskandar dapat mendengar esakan Ros dari telefon aku.
*Haah Ros menangis sekarang ni. Aku pujuk dia tak jalan. Kau datang sini sekejap boleh?* Aku mula cuak kerana Ros menangis tidak berhenti.
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
General FictionIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
