Bab 8

385 12 0
                                        

Hujung minggu ini aku dapat holiday week aku. Kebetulan syiha juga tidak dipanggil oncall oleh hospital. Kami membuat keputusan untuk keluar bersiar-siar.

"Korang nak pergi mana?"

"Aku dengan Elys nak keluar kejap. Dah lama tak keluar sama-sama"

"Aku nak ikut boleh?"

"Tak payah. Aku nak luangkan masa dengan Syiha dan buah hati aku hari ni" Terus aku sampuk berbualan mereka.

"Ala salah ke aku nak ikut. Aku boleh temankan Syiha. Kesian Syiha tak ada kawan nanti bila kau jumpa boyfriend kau"

"Kau tak payah mengada. Aku tak nak kau ikut. Kalau kau nak keluar kau naik kereta kau sendiri dan jangan harap aku nak bagi kau ikut aku."

"Kedekut"Zira terus masuk ke biliknya.

Zira mahu ikut tetapi awal-awal aku mengajak syiha menaiki kereta aku supaya aku dapat membuat alasan tidak membenarkan Zira ikut sama.

"Asal kau tak bagi dia ikut Lys?"

"Aku tak suka dia"

"Kenapa?. Sebab kes kau bergaduh dulu tu ke kau tak suka dia?"

"Dari awal lagi aku nampak muka dia aku memang tak suka dia. Dah jom gerak"

"Yela"

Kami menunggu Irjad di mesin urut berbayar yang disediakan dipusat beli belah.

"Sedapnya dapat urut. Dah lama tak dapat urutan. Mesin urut pun okay daripada tak ada kan Syiha"

"Ye wehh lama aku tak dapat berehat dan manjakan badan macam ni."

"Tula kau kerja teruk sangat. Tak ingt pasal diri sendiri. Nak jadi doktor tapi kesihatan sendiri tak fikir"

"Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih."

"Hahaha."

"Mana Ahmad Irjad kau ni?"

"Entah dia selalu lewat. Menyampah aku"

Ting..

"Jap dia mesej aku" Aku melihat isi kandungan mesej itu.

*Sorry sayang saya tak dapat nak join. Saya ada hal. Lain kali kita keluar sama-sama ye. Jaga diri. Bye. Assalamualaikum.*- Irjad

*Okay*

"Dia tak join kita. Dah jom kita pegi makan dulu. Aku nak makan sushi hari ni. Aku belanja."

"Hek eleh mamat ni. Lain kali cakaplah awal-awal. Ingat dia anak raja ke orang nak kena tunggu lama-lama." Syiha membebel sambil membelek rambut blonde merahnya.

"Kau membebel lagi aku cancel belanja." Aku terus bangun mencari kedai sushi.

"Jangan begitu kawan. Aku ni masih belajar. Banyak nak guna duit lebih-lebih lagi dalam tempoh latihan. Hehe"

"Baik kau diam sekarang. Dan tolong jangan jadi lesbian dengan aku. Tak kawin aku kalau kau buat macam ni." Aku melepaskan pegangan tangan Syiha dilengan aku.

"Eleh pegang sikit pun tak boleh. Hahaha."

Aku menyuruh Syiha orderkan sushi untuk dibawa pulang.

"Yang ni kau nak bagi siapa?"

"Kau bagilah kawan kau dekat rumah tu"

"Cehh. Tak suka tapi belanja. Ada makna ke?"

"Aku ni tak suka tapi masih ada hati perut dan belas kasihan pada orang"

D'ROSE (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang