BAB 21

361 14 0
                                        

"Good morning kak Nira!" Aku separuh menjerit apabila berjumpa dengan PA Tengku Farzeeq setelah seminggu tidak berjumpa. Ros aku turunkan dari dukungan dan diletakkan di sofa.

"Elys!" Kak Nira juga turut menjerit apabila aku terus memeluknya. 

"Lamanya tak jumpa, rindu akak. Lys sihat?" Pelukan dileraikan.

"Sihat kak" Aku tersenyum memandang kearahnya.

"Hello anak daddy, jom ikut masuk bilik daddy." Tengku Farzeeq yang baru sahaja tiba terus mendukung Ros dan membawa anak kecil itu masuk ke biliknya.

"Lys budak tu bukan datang dengan awak ke? kenapa Tengku panggil dia daddy? siapa budak tu?" Kak Nira kebingungan dengan apa yang berlaku didepan matanya.

"Mak ai macam peluru berpandu mulut akak tanya soalan. Nak saya jawab yang mana dulu?" Aku sudah ketawa berdekah.

"Macam mana tak macam peluru. Baru seminggu awak dah dapat anak. Orang lain buat anak pun tak secepat awak." Bahu aku dipukul.

"Akak ni mulut tak ada insurans. Nanti saya suruh Tengku buat insuran untuk mulut akak baru tau. Saya ni budak bawah umur tau, tak baik dengar benda-benda macam tu." 

"Kepala otak kau budak bawah umur. Kau tu kalau buat anak dah beranak dah. Dah-dah jangan nak bersembang pergi buat kerja."Tengku Farzeeq sempat mendengar perbualan aku dengan Kak Nira. 

"Baik bos" Kak Nira menurut arahan.Takut sangan dengan bosnya.

"Kau Elys buatkan aku air macam biasa. Seminggu kau tak masuk kerja nak curi tulang pula." Tengku Farzeeq mendekati Elys dan memberi arahan kepadanya.

"Ish dah lah curi anak orang lepas tu suruh kita buat air pula. Tumbuk kang" Aku mengacah ingin menumbuknya. 

"Berani kau singgahkanlah penumbuk kau yag comel tu dekat aku." Tengku Farzeeq mencabar Elys. 

"Okay" Aku meniup buku lima aku dan terus menumbuk perut Tengku Farzeeq. 

"Aduh, bapak sakit. Kau gila ke?" Tengku Farzeeq sudah membongkok menahan sakit.

"Sama-sama kasih. Kalau nak lagi panggil saja saya nanti saya boleh buat awak macam punching beg." Aku tersenyum dan terus ke pantri untuk membuat air untuk Tengku Farzeeq. Manakala Tengku sudah beredar ke biliknya.

"Elys kenapa awak buat macam tu dekat bos?! Ya tuhan budak ni." Kak Nira mengekori aku setelah melihat tingkah laku berani aku tadi.

"Dia yang meminta. Kalau saya tak bagi nanti dia kempunan pula. Saya tak nak dia balik air liur meleleh-leleh sebab tak dapat penumbuk saya." Aku selamba membalas soalan Kak Nira sambil membancuh air.

Tengku Farzeeq pov

"Aduh sakit siot budak kecik tu menumbuk. Tak padan dengan kecik tapi padu. Dulu lembut budak ni asal sekarang makin ganas eh?" Aku menyoal diri sendiri.

"Assalamuaaikum Tengku ini air yang Tengku minta tadi." Elys meletakkan air Coklat itu diatas meja bosnya.

"Dari lubang mana kau keluar ni?" Lamunan aku tersentak apabila mendengar suara Elys.

"Lubang kubur bos. Saya bersyukur sangat pakcik  gali kubur tu dengar suara saya kalau tak mati lemas saya kena tanam hidup-hidup bos." Elys dengan tak tau malu mengambil tempat di sofa sebelah anaknya. Aku dah melopong dengan jawapan yang keluar dari mulut Elys.

"Jangan lama sangat menganga mulut tu Tengku, nanti syaitan masuk. Awak tu dah lah bos saya. Saya taknak awak jadi macam peragai syaitan sebab" Ayat Elys tergantung kerana sebuah buku sudah melayang kepalanya namun sempat disambut dengan pantas. 

D'ROSE (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang