"Elys nak pergi mana tu. Acara batal wuduk tak buat lagi." Bonda menjerit nama aku. Aku terus bangun dan masuk ke dalam bilik. Tak sanggup nak tengok muka suami aku tu. Tambahan geram dengan Tengku Farzeeq. Aku menangis puas-puas.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Mereka menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu aku.
"Sayang, kenapa ni? Tak suka ke kahwin dengan abiy?" Seorang lelaki datang dan meletakkan dagunya dibahu aku.
"Saya tak kenal awak siapa kenapa awak nak kahwin dengan saya?" Aku menggerakkan bahu supaya dapat mengelak dagu lelaki itu.
"Laa macam mana nak kenal kalau tak pandang muka saya ni?" Lelaki itu memusingkan badan aku menghadapnya. Lalu satu jentikan didahi dihadiahkan.
"A..awakk bu..at apa de..kat sini?" Haa gagap kau Elys.
"Nikah dengan awaklah sayang oii. Ish dia ni. Dah jom keluar nak ambil gambar, sarung cincin pun belum lagi dia dah lari."
"Tapi kenapa perut awak ni buncit?"
"Abiy pakai ni laa. Haha" Tengku Farzeeq mencabut sesuatu dan keluarkan dari bajunya. Mati kutu aku kena tipu dengan mamat ni. Kurang asam jawa betul.
"Ishh kenapa tipu orang sampai macam ni?" Aku tampar dada Tengku Farzeeq.
"Hehe. Abiy takut kalau sayang tau abiy bakal suami sayang nanti sayang tak nak kahwin. Kesian abiy kena reject nanti." Tengku Farzeeq memeluk aku lalu bekas air mata kau dilap dengan kain sapu tangannya.
"Yelaa." Aku mengikut langkah Tengku Farzeeq. Dia mengenggam erat tangan aku.
"Alah budak-budak ni drama betullah. Tadi merajuk sekarang keluar dah pegang tangan pula. Tak payahlah acara batal wuduk tu. Pergi duduk atas pelamin sana. Dah batal dah pun wuduk kau orang pegang tangan tu." Kak Elfy perli saja nak mengenakan aku.
"Diamlah benda dah halal suka hatilah nak pegang tangan ke cium mulut ke kau sibuk je. Kau tak kahwin lagi kan? Haa diam je la" Aku memeluk lengan Tengku Farzeeq dan mengajuk Kak Elfy. Padan muka siapa suruh sibuk nak perli orang. Sebelum perli pastikan diri tu dah cukup sempurna.
"Nak cium sekarang ke sayang? Abiy tak kesah." Tengku Farzeeq senyum penuh makna kepada aku.
"Ish tak malu ke? Tak nampak orang ramai ni?" Aku cubit lengannya.
"Auch sakitlah mak ketam!" Menyeringai kawan tu kesakitan.
"Hai tadi ada orang tu lari tak nak jumpa suami dia. Tup tup keluar berpeluk macam tak nak lepas pula." Kini giliran Iskandar pula nak mengenakan aku.
"Abiyy tengoklah dia ni." Aku mendongak memandang Tengku Farzeeq.
"Elehh manjaanyaa. Menyampah. Tadi beria menyesal tak lari. Haha." Syiha kalau dah bercakap memang bawa bala dalam hidup aku. Habis semua yang ada dekat situ ketawakan aku.
"What? Sayang nak lari? "Tengku Farzeeq terkejut membulat matanya memandang aku.
"Hehe. Syiha yang bagi idea. Abiy marah dia." Aku menunding jari kearah Syiha.
"Kau ni senget suka betul ajar bini aku ni yang bukan-bukan. Lepas ni kau ajar dia bukan-bukan siap kau." Haha padan muka kau! Aku ada orang backup sekarang. Werkkk.
"Halah macam dia sorang je ada abiyy. Aku pun ada." Syiha mencebik.
"Kau bukannya ada abiy. Kau ada adik. Tu si Adam tu."
"HAHAHAHAHA" Semua bergabung ketawakan Syiha. Muka Syiha bengang kena setepek dengan aku.
"Kau tak payah nak coverlah bro. Bantai je gelak. Bab pujuk kita pikir lain kali." Tengku Farzeeq menepuk bahu Iskandar kerana nampak riaksi Iskandar yang struggle menaham tawanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
Fiksi UmumIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
