Setelah majlis selesai aku dan Tengku Farzeeq dipaksa memberus periuk di belakang. Tapi aku tak terkejut pun kerana aku sudah sediakan payung sebelum hujan.
"Akmal, Kamilia jom ikut aku." Aku pergi ke depan dan memanggil dua orang yang aku tahan daripada balik bersama Iskandar dan Syiha tadi.
"Pahal" Akmal berlari apabila aku panggil.
"Jom je lah." Aku menarik tangan mereka berdua ke belakang rumah.
"Nampak tu apa?" Aku menunjukkan ke arah periuk yang besar serta berus dan sabun.
"Wahh kau main kasar doh. Aduh aku menyesal tak ikut Iskandar tadi." Akmal sudah menepuk dahi.
"Hahaha goodluck pengantin to be." Aku menarik Tengku Farzeeq yang bukan main beria memberus periuk.
"Kurang ajar ah Elys ni. " Akmal ketap gigi. Marah-marah pun dia tetap buat apa yang aku suruh. Itulah Akmal. Sebab itulah aku suka bawa dia pergi mana-mana yang melibatkan operasi mahupun tidak.
"Ehh awak duduk sini je. Biar saya sorang yang berus ni. Awak perempuan tangan lembut nanti luka."Akmal menarik tangan Kamilia daripada ingin mengambil berus periuk.
"Tak apa biar saya tolong awak. Kesian awak selalu kena buli. Haha." Kamilia ketawa.
"Ishh tak apa Elys tu memang macam tu. Nanti taulah saya nak kenakan dia macam mana." Akmal menjeling ke dalam rumah.
Keesokkanya.
"Sayang, abiy nak tanya sikit boleh?" Tengku Farzeeq memeluk aku.
"Nak tanya apa?" Aku mengalihkan perbaringan menghadap dia.
"Kenapa setiap kali sayang pergi mana-mana mesti ada Iskandar dan juga budak-budak tu?" Adui soalan perangkap.
"Oh pasal dia orang.. sebab dia orang tu dah macam family saya." Goreng sajalah Elys.
"Ohh family... Lepas ni abiy tak nak dia orang ada dah tau. Abiy boleh jaga sayang." Tengku Farzeeq memgucup ubun-ubun aku.
"Yakin ke boleh jaga saya?"
"Lupa ke abiy ni siapa?" Hoo riak yee kamu Tengku Farzeeq.
"Hehe. Okay-okay yakinn." Aku memeluk Tengku Farzeeq erat. Kau tak kenal lagi siapa aku Tengku Farzeeq. Kalau kau kenal mungkin kau akan menyesal kahwin dengan aku. Aku bukan seperti perempuan lain yang lemah lembut.
"Tau takut." Tengku Farzeeq membalas pelukan aku.
"Woii bangunnn. Sudah-sudahlah tu buat projek pon. Dah pagi. Malam nanti sambunglah balik." Pintu bilik aku digegar macam nak roboh.
"Adui siapa tu? Kacau daun betul." Tengku Farzeeq melepaskan pelukan.
"Sabar sat biar saya yang settlekan budak tiga suku tu." Aku bangun dan teru membuka pintu.
"Kau nak apa setan. Nak tengok ke apa aku buat dalam bilik tu. Meh lah." Aku berura-ura ingin menarik Akmal masuk ke bilik aku.
"Ehh taknak gilaa. Aku budak bawah umur. Aku buat report nanti baru kau tau." Akmal mengeraskan badannya. Haa tau kau takut.
"Kau budak tak cukup umur? Aku rasa kau ni tak cukup otak bukannya umur." Aku pintal telinga si Akmal dan tarik bawa dia keluar.
"Aduhh sakittlah. Lepasss. Putus kang." Meronta-ronta mamat tu.
"Kamy kau amik laki kau ni jangan bagi dia kacau aku kalau tidak kau kahwin dengan dia dekat tu sana tu." Aku menunjukkan ke arah tanah perkuburan yang tidak jauh daripada rumah bonda.
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
General FictionIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
