Bag yang berisi beberapa helai pakaian aku masukkan kedalam kereta. Hari ni merupakan hari pertama aku melawat tapak pembinaan. Walaupun pembinaan tersebut bukan dibawah tanggungjawab aku tetapi ia telah menjadi tanggungjawab aku setelah aku dilantik berkerja di syarikat itu
"Kau nak pergi mana Lys siap bawak bag lagi. Kau nak lari eh?"
"Aku nak pergi outstation"
"Ohh. Aku fikir kau nak lari. Mana tau kau masih marah aku pasal kes hari tu. Tapi aku tak tau apa-apa and tak wajar nak marah dekat aku"
"Tak ada apa lah. Pasal hari tu sorry aku marah kau. Nanti pandai lah aku settle kan masalah aku. Aku pergi dulu"
"Okay. Hati-hati Lys. Minggu ni aku kena oncall dekat hospital so tak balik"
"Ohh, aku pon tak balik minggu ni. Kau suruh Zira keluar pergi rumah kawan dia yang lain minggu ni. Aku tak nak dia ada dekat rumah bila aku tak ada. Lagi satu amik kunci dekat dia. Bye"
"Okay"
Hilang kepercayaan aku terhadap Zira kawan kepada Syiha. Dengan perangai dia yang seperti ingin mengambil tahu tentang kekasih aku tempoh hari menjadikan aku lebih berhati-hati sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini.
Tengku Farzeeq pov
"Hello Nira, awak dah ingatkan Izz Elys tentang melawat tapak pembinaan di Kedah hari ni ke belum?"
"Sudah Tengku. Semalam saya dah pesan dekat dia jangan lewat kerana Tengku nak gerak awal"
Aku mengerling jam ditangan. Sebenarnya masih awal lagi cuma aku saja untuk bertanya sekiranya Nira terlupa untuk mengingatkan pekerja aku itu.
"Okay. Terima kasih. Nanti awak bagi saya nombor Elys. Senang saya nak hubungi dia terus"
"Baik Tengku"
Talian dimatikan dan aku masih menunggu si Elys mulut macam petah itu. Kadang perkataan dan perlakuannya yang tidak dijangka itu mengundang senyum dibibir aku.
End pov
"Bos aku ni buang tabiat ke senyum sorang-sorang. Selama aku berkerja dengan dia tak pernah aku nampak bibir dia mengukirkan senyuman"
Aku yang baru sahaja meletakkan kereta ditempat letak kereta terus memerhatikan Tengku Farzeeq yang sedang menunggu di keretanya. Boleh tahan hensem Tengku ni.
"Tengku"
Aku memanggil sambil melangkah ke arahnya. Kami sudah sepakat untuk menggunakan satu kereta sahaja ke Kedah. Aku setuju je. Jimat duit minyak aku. Hehe. Ni bukan masalah kedekut tapi kita kena sayangi alam sekitar dengan cara berkongsi kenderaan. Ehek. Kedekut tu cakap saja kedekut Lys. Bisikku sendiri dalam hati
"Aku fikir lama lagi kau nak duduk dalam kereta kau tu sambil scan muka aku yang tampan ni"
"Mana ada"
Terus gagap kau Lys. Lain kali jangan scan si gagak ni. Dia bahaya fullstop.
"Jom gerak nanti terlepas flight"
"Okay."
Aku mengambil tempat dibahagian hadapan disebelah Tengku. Kalau aku duduk belakang sia-sia je kena cop pekerja tak sedar diri. Hahaha.
" Umur kau berapa?"
"Ha?"
Terasa seperti kurang pendengaran aku bila ditanya soal umur.
"Kau bukannya tak dengar cuma kau lambat pickup. Jawab je lah. Aku malas nak ulang."
"25"
Sepatah saja aku jawab dan terus berpaling pada tingkap. Agak terasa hati dengan si gagak ni. Dah berapa bulan aku kerja dengan dia barh hari ni tanya umur aku.
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
Fiksi UmumIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
