Bab 19

354 14 0
                                        

Malam ini merupakan malam perjumpaan bagi ahli kumpulan Red Rose. Aku terlibat sama kerana di arahkan oleh Iskandar. Apa motifnya aku pun tidak tahu. Semua anak buah kumpulan itu duduk mengikut posisi mereka. Bagi yang memegang posisi orang kuat diberi tempat duduk paling hadapan seperti VIP.

"Hello. Hari ini merupakan hari yang bakal mencipta sejarah baru bagi kumpulan Red Rose. Seorang ketua baru akan dilantik kerana pewaris bagi kumpulan ini masih tidak memiliki kelayakan yang sewajarnya. Oleh itu, saya menjemput  Tuan Iskandar untuk memberi ucapan dan merasmikan majlis ini sehingga penamatnya." Seorang gadis dari kumpulan Red Rose memberi ucapan aluan sekaligus memanggil Iskandar weuntuk ke pentas.

"Thanks. Okay kita lari dari formal sikit. Pada hari ni aku nak perkenalkan ahli kumpulan baru kumpulan kita." Iskandar turun dari pentas dan menarik aku untuk ke pentas bersama dia.

"Perkenalkan ini Elys ahli baru kita. Dia juga akan menjadi ketua baru kita semua. Silakan bagi ucapan sedikit Elys. " Aku memandang Iskandar tidak berkelip. Ahli yang lain tidak berkelip mata seperti tidak percaya yang aku sebagai ahli baru dilantik terus menjadi ketua. Namun Jack langsung tidak memberi apa-apa riaksi.

"Hello, aku perkenalkan diri aku semula secara lebih formal. Nama aku Izz Elys. Kau orang boleh panggil aku Queen Snake or snake je. Prinsip aku senang je. Jangan kacau hidup aku kalau kau orang nak hidup lama. Aku tak suka orang sakitkan aku serta orang-orang sekeliling aku. Hukuman bagi sesiapa yang buat sesuatu yang aku tak suka simple je. Apa yang kau buat kau akan dapat benda yang sama malah lagi teruk dari itu. Itu je dari aku buat masa ni. Sesiapa yang nak membantah dipersilakan sekarang sebelum aku dengan rasminya jadi ketua kau orang." Aku memandang seorang gadis yang sedang duduk di meja bahagian kumpulan doktor dan perawat hospital Red Rose. Gadis itu dari tadi aku dapat rasakan something dari dia. Wajahnya menampakkan riak suka namun hati seperti memberontak. 

"Semua dah dengarkan?. Dengan ini secara rasminya Queen Snake adalah ketua baru kita." Aku menahan sakit apabila tangan aku ditoreh sedikit sebagai tanda aku adalah kumpulan Red Rose dan juga sumpah setia terhadap kumpulan itu. Tamat saja majlis terebut aku dan Iskandar pulang ke rumah.

"Awak naiklah dulu. Esok awak dah nak balik Malaysia. Saya hantar awak sampai airport." Iskandar membuka pintu kereta untuk aku.

"Okayy. Terima kasih." Kini aku rasa aku memegang tanggungjawab yang lebih besar. Menjaga diri sendiri, keluarga serta anak-anak buah.

"Wait. Elys, saya ada benda nk tanya sikit." Iskandar menahan aku daripada terus menaiki tangga.

"Yes. Nak tanya apa?"

"Macam mana awak tau detail tentang Danial dan apa hubungan awak dengan dia?" Akhirnya soalan yang terbuku didalam pikiran Iskandar terkeluar jua.

"Oh pasal Danial rupanya. Saya ingatkan apa tadi. Haha. Danial tu kawan saya dulu. Saya dapat semua info tentang dia bunuh parents Ros pun sebab saya cari latar belakang Ros. And saya percayakan awak sebab saya tau awak yang hantar Ros pada saya. Tak gitu Encik Iskandar?" Iskandar disebelah dijeling.

"Hehe, cekap juga awak buat kerja. Tak sia-sia saya pilih awak. Cara dan gaya awak berbeza dengan wanita lain Elys. Awak ada matlamat dan cita-cita yang tinggi. Dan api kemarahan awak tidak nampak dari luar tetapi tersimpan didalam sehingga menjadi bara yang tidak akan terpadam sampai bila-bila. Bara api awak sentiasa akan menyala dan akan menjadi api yang marak. " Agak terkejut kerana Islandar menyangka Elys seorang gadis biasa namun silap. Elys seorang yang cekap bertindak.

"Haha. Mana ada. Saya sama je dengan perempuan lain." Elys menggaru kepala.

"About Danial apa dia buat pada awak ?"

D'ROSE (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang