3 tahun kemudian...
"Ammam kenapa ni?" Tanya seorang gadis.
"Ammam nak.."
"Cuba cakap nak apa? Amani tak tau Ammam nak apa."
"Ammam nak naik bukit tu..." Hammam menunjukkan ke arah bukit yang dapat dilihat dari pemandangan mata mereka.
"Hmm kita masuk dulu yee...mummy panggil." Hammani menarik tangan Hammam.
"Ishraq Hammam...Ishraq Hamani...mari minum petang." Aku memanggil kedua-dua anakku yang bermain di halaman rumah.
"Why abang muncung ni?" Tengku Farzeeq bertanya kepada mereka.
"Ammam nak sangat naik bukit dekat luar tu." Hammam menyuarakan hasratnya.
"Hammam..kan amani dah cakap tempat tu jauh. Nanti kalau kita dah besar kita pergi sama-sama okay?" Hamani cuba memujuk Hammam, abangnya.
"Betul ni?" Hamman kembali ceria.
"Iyaa Amani janji akan temankan Hamman." Hamani memeluk abangnya.
"Yeayyy" Hamman melompat kegirangan.
"Dah duduk makan cepat."Tengku Farzeeq dan aku hanya tersenyum melihat mereka.
"Okayyy daddy!" Serentak kedua kembar itu menyahut dan duduk di meja makan.
"Elok-elok sayang." Tengku Farzeeq menarik kerusi untuk aku duduk.
"Iyee saya tau.." Aku pun duduk.
"Esok check-up pukul berapa?"Tengku Farzeeq menyendukkan mee goreng ke pinggan aku dan juga anak-anak.
"Pagi, dalam pukul 10 macam tu." Aku menyambut huluran pinggan dari tangan Tengku Farzeeq.
"Ouhh..abiy masuk office petang la kalau macam tu. Haa lagi satu, Ros bila balik sini?"
"Saya pun tak pasti biyy.. Ros tu dari kecik memang manja dengan papa dia. Kalau dia nak ballik nanti dia call lah kita."
"Hmm okayy." Kami menjamu minuman petang dengan gembira sambil melihat gelagat kembar yang manja antara satu sama lain.
Di Hospital..
"Assalamualaikum doktor.." Aku masuk ke bilik doktor.
"Duduk situ. Aku nak pergi ambil alat scan sekejap." Syiha bangun.
"Ehh tak payah.. Tu aku dah suruh jururawat dekat luar ambilkan semua alat yang kau perlukan untuk check aku tadi." Aku menarik lengan Syiha untuk duduk semula.
"Wahh pandai-pandai je kau sekarang ni." Syiha kembali duduk.
"Hospital ni aku punya. Kau tu pun tak payah nak tunjuk kuat sangat. Perut tu tunggu masa je nak meletop. Haha." Aku melihat perut Syiha yang menunggu hari.
"Kita sama-sama nak meletop." Syiha selamba sahaja menjawab. Usia kandungan kami sudah 7 bulan.
"Ehh kau apa buat dekat sini?" Terkejut aku melihat Iskandar yang keluar dari sebalik tirai tempat pemeriksaan pesakit.
"Ni bilik bini siapa? Lupa ke?" Iskandar buat muka selamba. Dia dah tak macam dulu yang agak lemah lembut. Dah kena training dengan Si Senget Syiha ni agaknya.
"Kau ni pun nak keluar dari situ bagi salam laa dulu bro. Terkejut bini aku ni." Tengku Farzeeq menegur.
"Halah ingat eh bini kau ni dah banyak buat hal dengan aku dengan bini aku." Iskandar mengecilkan mata memandang aku.
"Hal apa?" Aku membulat mata.
"Pertama, kau punya mengidam anak first kemain melalak suruh aku kahwin dengan Iskandar." Syiha yang menjawab.
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
Fiksi UmumIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
