Nada dering lagu Love the way you lie menyentakkan aku dari merenung Ros yang sedang lena tidur.
"Hello"
"Yes Tengku, awak nak apa?"
"Nak kau."
"Gila. Malas saya nak layan awaklah."
"Aku nak tengok anak aku. Mana anak aku?"
"Anak awak tido."
"Myy" Tiba-tiba Ros terjaga dan memeluk aku.
"Haa tu aku dengar suara dia. Jap aku video call." Tengku Farzeeq teruja mendengar suara Ros.
"Dyyy." Ros sudah menjerit apabila melihat muka Tengku Farzeeq diskrin telefon.
"Hello anak daddy. Anak daddy buat apa tu?"
"Dyy" itu je Ros mampu cakap. Aku dah tergelak.
"Awak ingat dia enam tahun ke nak ajak borak tanya macam tu. Haha"
"Seboklah mummy awak tu sayang. Daddy nak cakap dengan awak je. Dia sebok menyampuk yee" Tengku Farzeeq bengang aku tertawakan dia. Ros turut tertawa seperti memahami apa yang dikatakan oleh daddynya.
"Oh nak cakap dengan Ros? Tapi asal call saya. Dah saya nak tutup. Bye"
"Berani kau tutup. Aku potong habis gaji kau bulan ni." Sudah mengugut.
"Potonglah. Saya balik Malaysia nanti awak yang saya potong-potong macam potong buah." Aku menjeling. Rasa rindu untuk bergaduh dengan bos poyo aku sorang tu.
"Baru berapa hari aku tinggalkan kau dekat sana dah ganas kau eh." Terjengkil mata Tengku Farzeeq.
"Saya akan jadi lagi ganas kalau orang sakitkan saya. Berani cubalah." Aku kenyit mata.
"Ros mummy goda daddy sayang." Dada dipegang.
"Gatal" Aku menutup telinga Ros. Tak nak bagi budak kecil dengar loyar biruk daddy dia.
"Hahahaha"
"Okaylah saya ada kerja nak buat. Nanti bila-bila free saya bagi awak cakap dengan Ros lagi. Bye"
"Okay. Bye" Talian dimatikan. Ros sempat berbalas lambaian dan flying kiss dengan Tengku Farzeeq. Aku menuruni anak tangga untuk ke dapur. Saja tak nak guna lift.
"Hai. Dah makan?" Aku menegur Iskandar yang sedang duduk minum air di meja makan.
"Eh, hai. Belum. Pembantu rumah saya belum sampai" Iskandar membetulkan duduknya dan mengambil Ros dari aku.
"Oh. Tak apa awak call dia tak payah datang. Saya ada biar saya masak."
"Ehh mana boleh. Awak tetamu. Mana tau nanti bakal jadi puan rumah ni pula."
"Ehh ke situ pula dia. Dah-dah call dia tak payah datang saya masak. Awak degil siap awak." Aku memakai apron.
"Hehe. Baik Madam." Iskandar tidak mahu ingkar. Takut jika Elys membelasahnya. Sudah beberapa hari dia tinggal bersama gadis itu macam-macam perangai yang tidak dijangka dari gadis itu. Garang!!.
"Ros nanti jangan jadi macam mummy tau. Nampak lembut tapi garang." Iskandar memesan kepada Ros dan mencium pipi merah itu.
"Saya dengar!!!" Aku menjerit dari dapur.
"Alamak mummy dengarlah. Jom kita pergi depan. Papa takut kena terkam dengan mummy nanti. " Iskandar berbisik kepada Ros dan perlahan-lahan pergi ke ruang tamu.
Iskandar bermain dengan Ros sehingga dia tertidur di sofa.
"Awak bangun. Saya dah siap masak."
"Hmm." Iskandar mengeliat. Penat sangat agaknya.
"Ros mana?" Aku memandang sekeliling ruang tamu. Mainan saja yang bersepah tapi orangnya tiada.
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
Ficción GeneralIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
