Dua tahun selepas kematian Hellzira dan Hilman...
"Abiyy, boleh tak panggil Syiha dan Iskandar datang rumah kita esok?" Aku baring di riba Tengku Farzeeq.
"Aik kenapa pula tiba-tiba ni? Kita baru je balik dari Paris tak nak berehat dulu ke baru jumpa dia orang?" Anak mata Tengku Farzeeq tertumpu pada aku.
"Tak nakk abiy. Pleasee." Haa sudah nak nangis pula dah.
"Haa yeye jangan nangis. Malam ni juga abiy telefon dia orang suruh datang esok subuh. Alang-alang tu boleh jemaah sekali." Telefon Tengku Farzeeq capai.
"Ishh tak perlulah awal subuh. Saja nak perli orang." Aku bangun dan terus duduk dihujung katil menjauhi Tengku Farzeeq.
"Halahh dia ni pun. Cenggeng betullah. Sepak kang baru tau. Meh sini." Tengku Farzeeq menarik lengan aku.
"Hmm.." Terburai air mata aku.
"Laa kenapa nangis pula ni? Abiy gurau je. Dah jangan menangis, kita tidur ye? Esok Syiha dan Iskandar datang tengok mata sayang abiy ni bengkak nanti dia orang pikr abiy buli sayang pula. Okay?" Tengku Farzeeq memegang kedua belah pipi aku.
"Hurm. Okay" Aku mengesat air mata dan terus baring.
Syiha dan Iskandar datang dengan kereta yang berasingan. Sebelum aku pergi berbulan madu mereka bergaduh tapi aku tidak tau sudah berbaik atau belum.
"Syihaaa!" Aku berlari memeluk Syiha yang terpacul dihadapan pintu.
"Dah kenapa dengan kau ni? Lain macam je..." Syiha berhati-hati dalam setiap perkataannya.
"Hehe tak ada apa jom masuk. Is, masuklah. Farzeeq ada dekat dapur." Aku mempelawa Syiha dan Iskandar masuk.
"Sorrylaa menyusahkan datang pagi-pagi macam ni. Elys ni aku pun tak tau apa yang mustahak sangat sampai tak ada waktu lain nak jumpa kau orang berdua." Tengku Farzeeq muncul dari dapur membawa dulang yang berisi air dan makanan untuk dihidangkan kepada Syiha dan Iskandar.
"Ehh tak apa." Iskandar bangun dan bersalaman dengan Tengku Farzeeq.
"Ros mana? kenapa tak ikut sekali?" Tengku Farzeeq bertanya kepada Iskandar. Kini Iskandar mengambil hak penjaan sepenuhnya keatas Ros.
"Ros ada kelas memanah hari ni so tak dapatlah nak ikut." Iskandar meminta izin daripada aku sebelum mendaftarkan apa-apa jenis kelas untuk Ros. Pada awalnya dia mahu mendaftarkan Ros ke kelas menembak tetapi aku tidak mengizinkan.
"Ouhh. Jemputlah minum." Tengku Farzeeq menghulurkan segelas air kepada Iskandar dan juga Syiha.
"Wahh kau jadi madam besar dalam rumah ni eh? Air untuk tetamu pun laki kau yang sediakan. Gila seronok hidup kau." Syiha menepuk bahu aku.
"Jeles ke? kalau jeles kahwinlah cepat." Aku memeluk lengan Tengku Farzeeq.
"Kau kalau suruh aku datang untuk tengok kau berasmara baik tak payah syaiton." Syiha menjeling aku.
"Abiyyy..." Mata aku sudah bertakung dengan air mata.
"Aduuu yang kau cakap kasar dengan dia kenapa senget??" Tengku Farzeeq sudah jeggil mata memandang Syiha. Iskandar dan Syiha terkejut melihat riaksi aku.
"Wehh kau pahal doh? Alamak sorry.."Syiha terus bangun dan duduk disebelah aku.
"Alaa janganlah nangis. Semalam kata nak jumpa Syiha, ni dia dah datang." Tengku Farzeeq masih cuba untuk memujuk aku. Tapi aku masih menangis disebalik dadanya.
"Okay-okay kau nak aku buat apa untuk kau maafkan aku?" Syiha menarik lengan baju aku. Rasa bersalah menyelubungi dirinya ketika ini.
"Betul ni?" Aku berpaling menghadap Syiha perlahan-lahan sambil mengesat air mata.

YOU ARE READING
D'ROSE (COMPLETED)
Narrativa generaleIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...