Pagi yang indah menyembunyikan beribu rasa dihati. Aku melangkah masuk ke pejabat dengan malas sekali.
"Pagi-pagi ni semangat sikit. Lesu je kau ni."
"Eh."
Belum sempat aku membalas Tengku Farzeeq sudah berjaya meboloskan diri ke dalam pejabatnya.
"Aku tak sempat nak balas dah blah mamat ni. Poyo punya gagak. Esok-esok kau jatuh hati dengan aku siap kau aku kerjakan"
Sangat menyakitkan hati bila berhadapan dengan Tengku Farzeeq yang berlagak seperti gagak itu. Pagi-pagi dah buat aku naik angin. Aku masuk ke bilik aku dan terus menghempas semua fail diatas meja. Sungguh malas untuk berkerja hari ini. Tambahan pula dah kena tembak sedas awal-awal pagi dengan bos sendiri.
"Oit. Lys bos panggil"
"Eh akak. Terkejut saya. Sekejap lagi saya pergi"
"Hehe. Sorry tak ketuk pintu tadi"
"It's okayy."
Dengan malas aku membawa fail projek yang telah aku siapkan bahagian aku untuk diserahkan kepada Tengku Farzeeq. Aku memerlukan banyak masa untuk menyiapkan tugas tersebut. Ingat senang ke nak jadi engineer?. Kena mengira dan memikirkan pelbagai aspek bahan dan reka bentuk yang telah direka oleh arkitek.
Knok... Knok... Knok.
"Masuk"
"Tengku. Ni fail projek yang tengku bagi saya beberapa bulan yang lepas. Semua kriteria dalam pembinaan bangunan telah saya periksa dan ubah suai bersama Encik Farhan. Sebelum saya membuat laporan akhir untuk projek ni saya nak Tengku periksa dahulu sekiranya saya ada terlepas pandang"
"Letak je atas meja tu nanti aku periksa. Satu kecuaian kau yang aku dapat siap kau."
Aku menjuling mata keatas. Meluat dengan ugutan Encik gagak ni.
"Aku panggil kau ni ada benda nak cakap"
"Ada apa Tengku? Tengku tak sihat ke? Kalau tak sihat jangan panggil saya sebab saya bukan doktor. Pergi hospital kalau rasa Tengku tak sihat"
"Kau boleh diam tak? Aku tak habis cakap lagi kau dah menyampuk."
"Hehe. Maaf Tengku"
Aku menunduk malu. Alahai Lyss kau ni berapa kali lah kau terkena dengan si gagak ni. Mulut ni suka sangat menjawab. Aku menampar bibir aku perlahan.
"Daripada kau tampar bibir kau tu lebih baik kau bagi aku cium. Sekurangnya dapat elakkan mulut kau daripada menyampuk setiap kata-kata aku"
"Tengku nak cakap apa tadi? Saya ada kerja lain nak buat. Jangan nak buang masa saya"
Saja aku tidak endahkan kata-kata si gagak itu. Terkejut juga aku dengan bos yang tiba-tiba berkata sedemikian.
"Hujung minggu ni aku nak kau ikut aku pergi kedah melawat tapak projek disana. Sebarang bantahan tidak akan diterima, terima kasih. Kau dah boleh keluar buat kerja kau yang kau kata banyak sangat tadi"
Aku terus keluar tanpa sebarang kata untuk membalas arahan yang dikeluarkan oleh Tengku Farzeeq. Terpaksa atau rela aku kena turutkan juga arahan tersebut.
______________________________________
"Hai sayang. Baru sampai ke?"
" Aahh baru je. Kenapa awak lambat sangat?"
"Sorry, tadi saya cari parking tu yang lambat. Susah nak dapat parking dekat sini walaupun hari berkerja macam hari ni"
"Yela. Saya dah orderkan makanan untuk awak."
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
Ficción GeneralIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
