"Abiy makan!" Aku memanggil Tengku Farzeeq yang berada di bilik bacaan di atas untuk turun makan bersama.
"Coming sayang!" Dia pun sama tarzan dengan aku.
"Sayang masak apa?" Tengku Farzeeq berdiri dibelakang kerusi meja makan.
"Hati manusia dengan air sungai ni tak nampak ke?" Aku menarik kerusi Tengku Farzeeq dan dia pun duduk. Aku pula yang kena jadi gentlewomen layan mamat ni. Patutnya dia yang tarik kerusi untuk aku.
"Hai sayang ni kasar gurau." Pinggan yang berisi nasi disambut.
"Siapa suruh tanya soalan macam budak tadika." Aku mencedokkan lauk ikan siakap tiga rasa ke dalam pinggan suami aku.
"Tanya pun tak boleh." Tengku Farzeeq mencebik.
"Nak makan ke nak berborak?" Aku pandang Tengku Farzeeq dengan wajah serius.
"Okay-okay makan." Terus tutup mulutnya. Haih payahnya kena layan baby tua ni. Ros pun tak macam ni.
"Sayang lepas ni kita pergi rumah mama papa tau. Majlis resepsi dekat sebelah abiy pula minggu ni."
"Okay boleh."
Selepas makan kami pergi ke rumah mama dan papa.
"Abang Izreen ada dekat rumah ke?" Aku meninjau kereta Tengku Izreen yang berada disebelah temoat parking kereta Tengku Farzeeq.
"Semua orang ada dekat sini sayang. Haa lagi mulut ni jangan gatal nak panggil dia abang. Abiy cubit mulut ni nanti." Bibir aku dicuit Tengku Farzeeq.
"Hehe okay. Semua orang? Tak banyak pun kereta." Aku mencari kelibat kereta lain yang mungkin menyorok dekat celah-celah pokok.
"Family abiy majoritynya duduk dekat taman ni je sayang. Membazir minyak je nak naik kereta datang sini."
"Ohhh." Aku buka pintu kereta dan keluar.
"Ishh dia ni kan tunggulah orang yang bukakan. Tak sweet langsunglah." Tengku Farzeeq berlari dari untuk membuka pintu kereta aku tapi aku dah keluar dulu.
"Tak payah nak sweet-sweet sangatlah saya ada tangan nak buka pintu sendiri." Aku menutup pintu kereta.
"Jomlah masuk." Aku memanggil Tengku Farzeeq yang tegak sahaja berdiri di situ.
"Haih orang tua ni kan mengada tau. Yelaa saya masuk balik." Aku masuk kembali ke dalam kereta.
"Jom sayang kita dah sampai." Tengku Farzeeq buka pintu kereta lalu menghulurkan tangannya.
"Terima kasih Mr. Husband." Aku menyambut tangan Tengku Farzeeq. Aduii tak pasal je kena jadi pelakon tak berbayar semata-mata untuk memujuk Encik Suami.
Syiha pov
"Encik Hilman?"
"Yes saya. Awak Syiha yang saya terlanggar hari tu kan?" Hilman duduk di hadapan aku.
"Yess me."
"Saya minta maaf yee sebab at that time saya betul-betul nak cepat sampai tak perasan awak."
"It's okay I tak cedera teruk pun. By the way sempat ye you selit number dekat beg I. I ingatkan number siapalah that's why I call that number. Tak sangka itu number you." Saja Syiha membuat helah.
"Haha. Saja test market mana tau dapat. Awek cantik siapa tak nak right?" Hilman tersengih memandang aku.
"Oh I see."
"Waiter." Aku memanggil pelayan restauran.
Kami order makanan.
"Boleh saya jadi kawan awak?" Hilman bertanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
Fiction généraleIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
