Bab 4

458 15 0
                                        

Tiba sahaja dirumah aku terus masuk ke bilik. Mood aku hari ini seperti tidak mahu bercakap dan berjumpa dengan sesiapa termasuk rakan serumah denganku. Mungkin kerana penat memandu dengan jalan yang sesak. Mood aku ni senang sangat terusik dengan keadaan yang aku sendiri tidak mampu menduga.

Tok.. Tok.. Tok..

"Elyss. Aku masuk boleh?"

Aku yang baru sahaja tersedar dengan ketukan dipintu tadi terus ke pintu.

"Ye. Kau nak apa ni?"

"Kau bila balik?"

" Petang tadi, kenapa?"

"Ohh. Tak ada apa. Saja melawat kau kat bilik ni. Mana tau kau sakit ke. Kau okay tak ni?"

Tanganku dengan pantas diletakkan di dahi Syiha. Tak panas pun dahi budak ni. Ke demam panas dalam fikir aku sejenak.

"Kau tunggu sini sekejap"

Aku terus bangun dari katil dan mencari termometer untuk memeriksa suhu sahabatku itu.

"Nah amik ni selitkan dekat ketiak"

Syiha dengan muka blur terus mengambil termometer tersebut. Tiba-tiba dia terhenti sebelum meneruskan arahan aku tadi.

"Weh kau agak-agak lah. Aku tanya khabar kau kot. Sampai hati kau cakap aku demam"

"Haha. Laa aku ingatkan kau deman doh. Tak pernah-pernah baik macam ni dengan aku. Perkataan yang keluar dari mulut kau pon baik je hari ni."

Syiha dah memuncung bibirnya kerana dituduh demam oleh sahabat sendiri.

"Sabarlah Iha. Aku bergurau je tadi. Tapi en kenapa kau lambat sangat pickup eh ape yang aku suruh tadi?. Hahaha. Sumpah lawak weh muka kau tadi. Patutnya aku rakam muka kau tadi boleh jadi montage masa majlis perkahwinan kau nanti."

"Wahh kemain sakan kau gelakkan aku. Kau tunggu lah nanti aku balas."

"Do i care?. Hahaha"

"We will wait and see dear"

Syiha dengan wajah bengang keluar dari bilik aku. Walaupun mood aku tidak berapa nak stabil, tetapi apabila berhadapan dengan sahabatku ini amat sukar untuk aku melepaskan rasa yang terbuku itu.

______________________________________

Irjad pov

"Elys kata tadi nak call aku tapi sampai sekarang tak call"

Terlefon mendail nombor Izz Elys.

"Hello. Assalamualaikum sayang dekat mana tu? Dah sampai ke?"

"Waalaikumsalam. Dah sampai siang tadi. Sorry lupa nak call awak tadi. Saya penat."

"Laa kesian sayang saya ni penat. Lain kali bagitau saya kalau nak balik kampung. Saya boleh tolong drive untuk awak. Kampung kita sama boleh saya jumpa keluarga saya sekali"

"Tak bagitau? Awak lupa ke yang awak menghilangkan diri dari saya sudah hampir sebulan Ir. Awak bagai kapal terbang yang hilang dari rada dan tak tau terhempas dekat mana lepas tu awak pertikaikan saya balik tak bagitau awak? Seriusly Ir?"

Aku melepaskan keluh berat. Memang salah aku menghilangkan diri darinya. Silap aku juga tidak ambil peduli tentang hati kekasih aku sendiri.

"Sorry sayang, saya bukan menghilangkan diri. Saya sibuk dengan kerja. Awak tau kerja saya macam mana kan?"

"Yes i really know about your job. You are a teacher. Tapi saya tak tau pula kalau seorang cikgu sibuk sampai ke malam." Jawab Elys senada.

Aku sudah hilang kata untuk membalas. Sangat terasa dengan kata-kata gadis itu.

D'ROSE (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang