Bab 9

384 19 0
                                        

"Hai. Kak Nira" Aku menyapa PA bos yang berada di mejanya sebelum melangkah ke bilikku.

"Hai. Ceria semacam je budak tu hari ni. Nak kahwin ke?"

"Siapa nak kahwin?"

"Tengku. Tak ada siapa Tengku" Nira menunduk malu kerana ditegur oleh bosnya yang baru tiba.

"Ohh. Okay. Nanti suruh Elys buat hot chocolate untuk saya"

"Dia engineer Tengku. Tea ladies kita ada dekat pantri. Nanti saya panggil dia."

"Saya nak Elys."

"Baik Tengku"

Nira hanya memandang kelibat bosnya yang menghilang ke bilik.

"Dua manusia pelik aku jumpa pagi ni." Terus mengambil ganggang telefon dan mendail nombor bilik Elys.

"Yes?"

"Tengku suruh kamu buat hot chocolate"

"What??"

"Akak offer tea ladies punya perkhidmatan tapi bos tak nak. Bos kata nak Elys"

"Serius akak? Saya banyak kerja ni" Aku seperti hendak menangis.

"Iyee. Pergi cepat" Akak Nira mematikan panggilan.

"Dah ada tea ladies gatal nak suruh aku buat. Aku tidak dibayar untuk buat air kau lah gagak tak sedar diri"

Aku mengambil cawan yang tersusun itu dan membuat air yang diminta oleh Tengku.

"Nah air"

"Amboi biadap main terjah masuk bilik orang"

"Menganggu kerja orang tidak biadap ke Tengku?"

"Tak. Aku bos suka hati aku nak suruh siapa pun buat air" Air panas itu diminum lalu mengangguk kepala.

'pahal kepala gagak ni terangguk-angguk ni' aku berbisik dalam hati.

"Whatever. Saya sambung buat kerja dulu."

"Wait. Fail ni amik. Aku dah periksa ada beberapa kesilapan yang kau buat. Aku nak kau betulkan bahagian yang aku tanda."

"Baik Tengku."

"One more thing malam ni ikut aku"

"Pergi mana?"

"Malam nanti kau tau"

"Baik Bos" Aku keluar dari bilik itu.

Aku menyelesaikan tugas aku yang tertangguh itu sehingga tamat waktu berkerja.

"Elys jom balik"

"Sikit lagi ni kak. Esok saya dapat relax sikit."

"No. Jom balik. Kamu tu anak dara tak elok lama-lama dekat pejabat. Lagi pun hanya bos sahaja pulang lewat."

"Haa bos balik lewat kan so saya tidak keseorangan dekat sini." Jari masih di keyboard komputer.

"Kamu tak takut ke dia apa-apa kan kamu? Dia lelaki Lys." Masih setia menunggu di hadapan meja aku.

"Yela-yela. Saya nak kemas kejap" Seram pula mendengar kata-kata wanita yang berumur 30an itu.

"Kenapa masih belum balik?"

"Nak balik lah ni" Sambil menuju ke arah lift.

"Elys ni Tengku degil nak siapkan kerjanya."

"Lepas ni saya tak nak ada orang balik lewat. Nira, saya nak awak bacakan peraturan kepada budak degil tu esok."

D'ROSE (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang