Suasana riuh di hadapan mengejutkan aku daripada lena. Aku bangun dan membersihkan diri dahulu sebelum keluar dari bilik. Manusia mana yang buat bising pagi-pagi ni. Selalunya senyap macam dekat tanah kubur.
"Baru nak bangun?"Aku terkejut mendengar jerkahan daripada suara garau itu. Aku melihat Izz Radzen abang sulong aku bersama isterinya sedang duduk di sofa ruang tamu. Aku hanya mendiamkan diri.
"Ty Lys lam" Budak kecik berumur enam tahun berlari mendapatkan aku yang masih berdiri di hadapan pintu bilik untuk mencium tangan. Malas nak menyambut aku terus pergi ke dapur.
Haish kenapa dia balik minggu ni. Aku salah kira ke? Patutnya dia tak balik minggu ni. Aduhh bala menimpa hidup aku betubi-tubi.
Entah siapa datang dari belakang menepuk kepala aku. Aku menoleh. Mak aii sakit weh.
"Betul kata bonda kau makin biadap sekarang. Aku tanya kau tadi kau buat bodoh je. Kau pekak ke?" Ye itulah sebabnya kenapa aku sangat tidak suka jika bertembung dengan abang sulong aku.
"Kau nak aku balas apa? Suka hati aku nak bangun pukul berapa? Macam tu?. Aku diam kau kata aku biadap apa entah lagi kalau aku balas macam tu." Aku memegang kepala yang terasa sakit. Kaki laju masuk ke bilik dan aku kunci.
"Elys aku tak habis cakap lagi dengan kau. Keluar sekarang." Radzen mengetuk pintu bilik aku berkali-kali.Namun aku lincah mengemas pakaian aku masuk ke dalam beg. Tidak betah tinggal di dalam rumah yang di ketuai iblis seperti Radzen.
"Sudahlah tu Zeen. Dia baru balik semalam. Kamu baru sampai terus terjah dia kenapa. Cakap elok-elok dengan dia" Bonda memujuk dambil menarik Radzeen ke dapur.
"Dia dah melampau bonda. Semalam dia berani cakap macam tu dengan bonda. Tak hormat langsung." Radzeen masih tidak puas hati setelah mendengar luahan bondannya semalam.
Aku terus berlari masuk ke dalam kereta bersama beg pakaian aku. Enjin aku hidupkan dan terus keluar dari rumah itu. Kakak iparku, Fitri Irdina yang sedang bermain dengan anak sulongnya aku tidak pandang. Bonda yang menjerit memanggil aku hanya dipandang melalui cermin sisi sahaja.
"Maaf bonda Lys tak nak hati terluka lagi" Aku mengelap air mata dengan tisu. Aku mengambil telefon dan terus mendail nombor Irjad.
" Awak siap sekarang. Saya on the way nak amik awak. Kita balik sekarang."
Belum sempat Irjad menjawab aku dah matikan panggilan. Aku memandu kereta terus ke rumah Irjad. Di sini juga aku akan terima masalah. Tabah Elys. Aku mengelap sisa air mata supaya tidak dapat di lihat oleh orang lain.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam, kenapa datang sini?"
"Nak jemput Irjad. Saya dah kena balik aunty. Saya ada kerja untuk diselesaikan."
Terpaksa aku menipu. Tidak mahu aku menyalam wanita itu. Sudah terang-terang dia cakap tidak suka terhadap aku.
"Oh. Lain kali balik kereta asing-asing je. Tak ada menyusahkan mana-mana pihak."
"Maaflah aunty kalau menyusahkan aunty. Tapi saya rasa duit minyak dan duit tol serta duit makan sekali pun saya tak mintak dari anak makcik."
"Bagus kalau kau tak amik duit anak aku. Kau tak layak untuk jadi menantu aku pun."
"Saya pun tak hamaklah nak jadi menantu makcik. Pada pandangan makcik saya ni jahat dan tak layak untuk menjadi isteri anak makcik yang alim tu. Tapi makcik kena ingat ye saya akan pastikan makcik melutut meminta pertolongan daripada orang jahat macam saya ni."
YOU ARE READING
D'ROSE (COMPLETED)
Ficción GeneralIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...