"Afzan!" Aku memanggil Afzan yang berada diluar bilik kurungan.
"Yee Queen." Berlari Afzan masuk. Nasib tak tersungkur.
"Settelkan bangkai ni. Bawa dia jumpa Adam. Kalau peralatan untuk rawat dia tak cukup bawa dia pergi hospital kita. Aku nak balik. Nanti inform aku record kesihatan dia. Faham?" Aku mencabut sarung tangan dan campak diatas meja yang tersusun pisau dan peralatan seksaan yang lain.
"Baik Queen." Afzan mengambil kerusi roda dan menolak Irjad ke bilik rawatan.
"Jack! Akmal! Hakimi!" Giliran mereka bertiga pula aku seru.
"Iyee Queen. Kami ada je dekat sini. Jerit-jerit tu nak hantar suara sampai mana? London?" Akmal memandang aku dengan muka bosannya.
"Eh kau banyak bunyi pula. Kemas darah-darah ni sampai bersih dan wangi. Kalau Tak bersih dan wangi aku cari kau." Aku menunjukkan ke arah Akmal.
"Pahal aku pulakk?" Akmal tidak puas hati.
"Sebab kau loyar buruk dengan aku tadi. Kemas sekarang. Esok aku sampai ada yang tak kena dengan bilik ni. Ini tempat kau. Faham?" Aku menghentakkan kaki diatas bangku yang tadinya Irjad duduk dan diseksa. Ye bangku itulah yang Akmal bakal duduk jika ada kesilapan yang aku jumpa dalam bilik itu pada hari esok.
"HAHAHAHA PADAN MUKA!" Hakimi dan Jack ketawakan Akmal serentak. Akmal muka sudah mencuka. Aku keluar dan terus balik ke rumah.
Selesai aku membersihkan diri, mengemas rumah dan masak aku mengambil masa untuk berehat seketika. Sementara Iskandar baik hati untuk menjaga Ros ni baik aku rehat. Nanti badan dah rasa lega sikit aku suruhlah dia pulangkan Ros pada aku. Tiba-tiba telefon berdering.
*Haa nak apa?*
*Aku nak jumpa anak aku minggu ni boleh ke tak?* Tengku Farzeeq.
*Jumpalah siapa nak marah.*
*Kau.*
*Ehh suka-suka dia je tuduh kita. Tutup call ni kang baru tau.*
*Halah kau ni kuat sangat sentap. Sejak dah tak jumpa aku ni makin sombong kau ye*
*Mana ada. Awak tu yang bergurau kasar sangat.*
*Yela sorry. Ermm Ros mana? Aku nak cakap dengan dia sekejap.* Terus segar biji mata aku mendengar kata maaf dari Tengku Farzeeq.
*Ros tak ada. Dia dekat rumah papa dia. Sekejap lagi saya suruh papa dia hantar dia balik. Kalau awak nak cakap dengan dia call malam nantilah.*
*Ohh haa okaylah. Tapi hujung minggu ni aku dah cop Ros dulu tau, kau jangan gatal bagi dia keluar dengan Iskandar pula.*
*Yee nanti saya tulis dalam buku yang awak dah booking dia minggu ni. Bagi sesiapa yang nak meminjam sila buat pada hari berikutnya. Okay Tengku Farzeeq?*
*Okay sangat. Itu je aku nak cakap. Bye. Love you.* Talian terus dimatikan.
"Aku salah dengar ke?" Aku telan air liur. Ahh lantaklah.
'Assalamualaikum'
"Waalaikumsalam." Adoi siapalah datang ni. Aku nak berehat pun tak senang. Aku bangun untuk membuka pintu.
"Ehh awalnya, aku baru nak call suruh hantar Ros." Acah je alasan tu. Sebenarnya aku nak rehat lagi!
"Saja hantar awal, boleh lawat awak sekali. Bukalah pintu ni takkan nak biar saya berjemur dengan Ros dekat luar ni. Awak ni pun agak-agaklah Izz Elys." Iskandar seakan menahan marah dengan panas diluar.
"Haha lupalah. Haa masuklah Encik Iskandar." Aku mengambil remote pagar dan membuka pagar.
"Mummy!" Ros melompat dari dukungan Iskandar terus memeluk kaki aku.
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
Ficción GeneralIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
