Sudah dua hari Tengku Farzeeq balik ke Malaysia. Aku menjalani kehidupan seperti biasa bersama Ros.Kami keluar bersiar-siar bersama-sama. Dengan kehadiran anak kecil ini aku tidak dapat menjalankan aktiviti lasak aku semasa berada di Auckland.
"Myy. Shu"
"Nah. Sini baring dekat mummy." Aku mengangkat Ros duduk diatas peha aku. Aku memberi susu kepada Ros dibangku yang disediakan di Taman Aucland.
"Hey. Can I sit here?" Seorang lelaki berpakaian seperti pekerja office menyapa aku.
"Yes sure can" Aku tersenyum dan berganjak ke tepi.
"Where are you from?"
"Malaysia"
"Ohh orang malaysia ke? Kalau malaysia senanglah saya nak berbual dengan awak. Nama saya Iskandar."
"Yeahh. Nama saya Elys. Just call me Lys."
"Anak awak ke?"
"Yess anak saya" Aku mengaku saja.
"Your husband?"
"Balik Malaysia ada kerja."
"Ohh"
Tiba-tiba ada dua orang lelaki berbadan besar memerhati dan cuba untuk menghampiri kami.
"Oh shit" Iskandar memandang dua lelaki itu.
"Kenapa?" Aku memandang Iskandar pelik.
"Awak boleh tak ikut saya sekarang. Kita tak selamat dekat sini."
"Ha??" Aku terkejut.
"Cepat." Iskandar sudah menarik tangan aku dan mengambil beg Ros menuju ke kereta. Aku dan Ros dimasukkan ke dalam sebuah kereta berwarna hitam. Aku rasa sangat takut. Takut lelaki itu mahu mengapa-apakan anak aku. Aku hanya mendiamkan diri.
"Ada dua orang lelaki perhatikan kita tadi. Saya rasa dia perhatikan awak." Iskandar memecahkan kebisuan di dalam kereta.
"Apa yang dia orang nak dari saya?"
"Saya rasa awak ada sesuatu yang berharga pada dia orang sebab tu dia orang perhati dan ekori awak."
"Saya takutlah Kalau macam tu Saya balik Malaysia lah esok. Saya rasa saya selamat dekat sana" Aku dapat agak mereka mahukan Ros.
"No awak tak boleh balik. Awak kena stay dekat rumah saya dulu. Nyawa awak dalam bahaya."
"Okayy." Aku tidak membantah. Aku mendiamkan diri dan memerhati sekeliling. Masuk saja di sebuah perkarangan rumah aku terpegun.
"Rumah awak ke ni?" Aku masih mendukung Ros yang sedang tidur.
"Yes. Ni rumah saya."
"Awak sebenarnya siapa? Mustahil duduk di negara orang boleh jadi kaya macam ni"
"Dekat dalam nanti saya cerita ye. Sekarang jom kita masuk." Pintu utama sudah terbuka. Aku ikut sahaja kata-kata lelaki itu.
"Ok. Now tell me." Aku terus bertanya setelah duduk di atas sofa ruang tamu.
"Saya seorang mafia." Iskandar menunduk. Tidak mahu melihat riaksi Elys.
"Ohh. Patutlah." Aku tidak rasa takut langsung.
"Awak tak takut ke dengan saya?" Kepala sudah memandang Elys tidak percaya.
"Tak. Buat apa saya nak takut? Saya suka. Haha"
"Mana tau awak takut dengan saya terus lari sebab tak ada perempuan yang suka dengan seorang mafia macam saya. Nak dekat lagilah takut nyawa mereka terancam. Kami banyak musuh dan perempuan takut untuk mendekati kami."
YOU ARE READING
D'ROSE (COMPLETED)
Fiksi UmumIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...