Awal pagi aku dah mengenakan seluar jeans hitam bersama kemeja putih. Saja aku pilih warna putih supaya tidak menyerap haba di tapak projek nanti.
"Zeeq, kita sarapan dulu boleh?"
Oleh kerana dia tidak membenarkan aku memanggil Tengku diluar waktu pejabat jadi aku panggillah nama singkatannya sebegitu. Awalnya agak kekok tapi aku biasakan juga.
"Ye. Kita sarapan dulu baru pergi site"
Aku mengekori langkah Tengku Farzeeq.
"Lepas kau sudah makan kau pergi dekat kereta tu. Aku ada kerja nak buat sekejap"
Aku menoleh kearah sebuah kereta Audi A7 berwarna putih. Wah nak pergi tapak binaan je pun sampai nak sewa Audi. Tak sayang duit betul.
"Awak sewa ke kereta tu?"
"Sewa? Hell no. Tu kerata aku lah. Aku gerak lu. Dah siap tunggu dekat situ."
"Ohh. Okayy bos"
Sebuah topi dihulurkan kepada aku. Aku terus mengambil topi tersebut.
"Pakai ni sebelum kau melangkah masuk dekat sana"
Aku terus memakai topi berwarna putih tersebut dan mengikut langkah Tengku Farzeeq. Kenapa warna putih dan tidak warna lain?. Setiap warna topi yang dipakai ditapak pembinaan mewakili jawatan si pemakai. Topi keselamatan berwarna putih khas untuk engineer, managers, supervisors and foreman. Tidak boleh suka-suka hendak pakai topi warna lain.
Aku terus meneliti bangunan yang baru sahaja di peringkat substuktur iaitu pembinaan asas bagi sesebuah bangunan. Pada peringkat substuktur ini pekerja bawahan ditugaskan membuat pancang tanda, pengorekan lubang asas, buat acuan asas, tetulang asas, konkrit asas dan banyak lagi kerja yang perlu dilakukan sebelum ke peringkat superstruktur.
"Woi, kau sini"
"Ye saya. Ada apa Cik"
"Topi keselamatan kau mana? Asal kau tak pakai? Kalau tercedera atau mati jangan nak claim daripada syarikat."
"Maaf Cik saya terlupa"
"Kepala otak kau terlupa. Kalau kau mati terhempap besi kau nak bagi alasan apa untuk claim dekat syarikat?. Sebelum buat kerja pakai otak. Pergi pakai topi keselamatan kau sekarang."
"Baik Cik"
Tengku Farzeeq menuju kearah aku setelah berbincang dengan ketua tapak projek.
"Asal kau panggil budak tu tadi. Kuat kau menjerit sampai sana aku dengar"
"Saya marah dia tak pakai topi keselamatan. Pekerja cuai macam tu boleh menjatuhkan reputasi syarikat."
"Oh, bagus juga aku bawa kau ke sini. Aku tak perasan ada pekerja cuai sebelum ni."
"Kalau awak nak syarikat awak cepat muflis selalu lah ambil remeh tentang kecuaian pekerja tapak binaan awak."
"Lepas ni aku nak kau selalu ikut aku ke tapak projek. Boleh tahan garang kau ni. Tak takut orang langsung. Main tengking je. Haha"
Aku menjeling dan terus melihat asas yang mereka telah bina itu. Tengku Farzeeq membututi langkah aku.
"Saya rasa kita perlukan lebih pekerja untuk peringkat seterusnya. Pekerja banyak ni tak cukup untuk siapkan sebuah bangunan."
"Soal tu nanti aku uruskan dengan ketua disini"
Memandangkan aku tidak mengendalikan projek ini dari awal so bos sendiri yang kena berurusan dengan ketua disini. Aku hanya sekadar memerhati dan menegur sekiranya ada kesilapan yang berlaku.
ANDA SEDANG MEMBACA
D'ROSE (COMPLETED)
General FictionIzz Elys merupakan seorang gadis lepasan ijazah yang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak di bangku sekolah lagi terpaksa menempuh pelbagai dugaan untuk mereka bersama. Hubungan yang tidak direstui oleh orang tua kekasihnya, Ahmad Irja...
