Mimpi Ngeri di Jalan Elm(Penebak Mimpi)

197 7 0
                                    

[AUTHOR: Untuk cerita kali ini aku tertarik untuk menulis sebuah cerita berbentuk fiksi peminat dari karya asal Wes Craven 'A Nightmare On Elm Street' sebuah filem horror slasher/supernatural popular yang aku kira tidak asing lagi dari peminat-peminat filem horror dari serata dunia. Walaubagaimanapun aku harus mengubah sesuatu perkara agar cerita versi aku tampak lebih kemalaysiaan. Sebagai contoh: Nama-nama watak akan di tukar kepada nama orang tempatan sini kecuali watak antagonis iaitu Freddy Krueger kekal dengan nama begitu. So watak-watak lain selain Freddy dalam fan fiction ni adalah rekaan aku sendiri je okey. Aku akan cuba kekalkan beberapa fakta seperti dalam filem. Kalau ada juga berlaku kesilapan fakta harap di maaf]

TERCUNGAP-CUNGAP nafas Sofia sambil langkahnya terus di hambat di laluan dalam bangunan hospital terbiar itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERCUNGAP-CUNGAP nafas Sofia sambil langkahnya terus di hambat di laluan dalam bangunan hospital terbiar itu. Katil-katil di wad pesakit bersusun di kiri kanan laluan. Sarung bantal dan cadarnya telah lusuh dan kusam. Debu-debu,sawang dan sarang labah-labah yang bergayutan di dinding sudah cukup memberitahu bahawa bangunan itu sudah lama tidak berpenghuni.

Dalam pada itu Sofia amat berhati-hati menjaga dan mengawasi setiap langkah yang di susun. Hampir terjerit Sofia bila seekor tikus gemuk yang tiba-tiba keluar dari bawah katil lalu melintas di hadapannya. Mujur dia tidak terpijakkan haiwan tersebut.

Itu di burukkan lagi dengan lipas dan cicak. Geli dan jengkel bukan main Sofia rasakan. Namun Sofia tahu dia harus mengambil sikap bertenang dan terus berusaha mencari jalan keluar dari situ secepat mungkin. Perkara yang lebih menakutkannya bukanlah haiwan-haiwan itu tapi lelaki bertopi dengan wajah melecur teruk yang sedang mengekorinya. Entahkan manusia atau hantu dia itu tidak pula Sofia tahu.

"So....fi....aa...he,he,he,he,he......."

Suara lelaki itu bergema memanggil namanya di sertai ketawa yang sinis seakan dia berniat untuk menakut-nakuti Sofia sehingga gadis itu terpaksa menoleh sesekali ke belakang untuk melihat sejauh mana lelaki itu telah mengejarnya.

Koleksi Cerita HorrorWhere stories live. Discover now