Nekrofilia Berwajah Babi

298 4 0
                                    

          Botol kecil dan paket-paket itu Rauf sumbat ke dalam sebuah beg kecil di atas meja. Mata di pejam rapat-rapat sambil menarik nafas dalam-dalam.

Kemudian Rauf meniarap di atas lantai ruang tamu sambil menghadap skrin laptop.

Fikiran nya melayang. Matanya tak berkerdip langsung.

Video hitam putih itu cuma paparan visual rakaman perjalanan si jurukamera di dalam hutan meniti di sepanjang pokok-pokok buluh.

Tiada pelakon manusia mahupun sebarang dialog. Hanya ada efek kesan bunyi serta visual tanpa warna seperti filem di tahun-tahun lima puluhan.

Iringan muzik latar nya terus menenggelamkan jiwa Rauf menyelami sesuatu yang tak pernah di fikirkan olehnya mahupun sesiapa.

Rauf terbenam dalam lubuk perasaan sampai-sampai dia yakin dirinya juga adalah sebahagian dari pohon-pohon buluh di kala remang-remang senja muncul.

Gemersik saat angin berhembus membuat pokok-pokok buluh bergesel di antara satu sama lain.

Rauf tersengih sambil menggerak-gerakkan sekali tubuhnya.

Mungkinkah suara nyanyian sengau tok batin orang asli yang menjadi latar muzik iringan itu bercerita tentang alam? atau ritual memuja semangat pokok?,Rauf tidak peduli. Yang pasti itu membuatkannya rasa menyatu dengan semua itu.

Sehinggalah apabila tiba-tiba wajah seperti manusia muncul dekat batang-batang pepohon buluh hutan sambil tersengih sebelum mata-mata mereka terbeliak besar dengan mulut ternganga.

Kamera memfokus mulut itu lebih dekat. Visual seperti lingkaran ubat nyamuk atau pusaran puting beliung muncul di iring bunyi dengungan yang aneh.

Rauf terpempan dengan mata tak berkerdip.

Tak lama kemudian Rauf mula merasai kepala nya sedikit ringan sebelum pandangan nya mulai terasa lebih terang.

Apa sahaja objek yang di pandang,struktur tona warna nya bertukar sangat jelas.

Suatu ketenangan dan kegembiraan yang sukar di gambarkan menusuk dan menjalar dalam diri.

Lantas menghanyutkan Rauf ke dalam suatu kondisi yang euforia.

Tapi semua itu tak lama,bila tiba-tiba Rauf perasan ada air menitik jatuh ke lantai dari siling di atasnya.

Lebih aneh bila beberapa objek di ruang tamu mulai hilang ghaib dari pandangan. Rauf mulai jadi tidak keruan dan memerhatikan ke sekeliling ruang tamu dengan wajah lesu dan keliru.

KRAAK...KRAKK

Dinding mulai retak sebelum air menyerbu masuk dengan deras mengalir di atas lantai membasahi karpet.

Paranoid mulai mengambil alih dirinya.

Dalam waktu-waktu begitu perkara pertama yang Rauf fikirkan ialah menyelamatkan sebuah beg sandang kecil miliknya. Yang lain-lain tidak penting.

Beg itu ada di atas meja. Rauf cuba berdiri dan bangun dari air yang mulai membanjiri ruang tamu. Setiap penjuru dinding sudah meretak. Bingkai gambar berjatuhan.

Pada ketika itu lah loceng pintu masuk apartment nya berdenting tanda ada tetamu yang bertandang.

Rauf tinggalkan sebentar kegilaan yang sedang berlaku. Dia pergi membuka pintu.

"Kau fikir kau boleh lari macam tu saja? Mana bayaran aku!?"kata kelibat mayat wanita dengan wajah hancur separa jerangkung mengerikan lagi busuk berulat-ulat menyergah dan menyeringai ke arah Rauf.

Matanya terbeliak besar.

"Celaka kau wahai makhluk terkutuk! berambuslah kau pulang ke liang lahad kau semula!" herdik Rauf sambil menggigil kesejukkan  memeluk tubuh. Air sudah naik hingga ke paras betis.

Koleksi Cerita HorrorWhere stories live. Discover now