Badut Hari Jadi

456 9 0
                                    

Sempena majlis hari jadi Ema yang ke lapan tahun, Izmir dan isterinya Syazlin telah menghadiahkan sebuah anak patung badut kepada anak perempuan kesayangan mereka.

Malahan sewaktu majlis sambutan tersebut,pasangan suami isteri itu turut mengupah seorang badut untuk menghiburkan Ema dan kanak-kanak lain yang hadir.

Badut itu bukan saja melucukan,malah pandai membuat pelbagai silap mata yang memukau dan mencengangkan. Kanak-kanak amat terhibur dan menyukai nya.

Hari terus berlalu. Izmir dan Syazlin mulai perasan sesuatu tentang Ema. Gadis kecil itu gemar bercakap sendirian dan sering berkurung di dalam biliknya.

Mulanya pasangan suami isteri itu menganggap ianya sesuatu yang normal bagi seorang kanak-kanak apabila gemar bercakap dengan anak patung yang di miliki,namun semakin hari mereka merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Suatu malam Syazlin terjaga dari tidur. Tekaknya berasa haus. Dia bangun dan melangkah keluar dari bilik untuk pergi ke dapur.

Sewaktu melewati bilik tidur Ema, Syazlin terdengar suara anak gadisnya itu sedang bercakap-cakap dengan seseorang. Lantas di rapatkan telinganya ke pintu bilik. Malangnya butiran percakapan itu tidak dapat di dengarnya dengan jelas.

Terus Syazlin mengetuk pintu bilik anak gadisnya.

"Ema..Ema cakap dengan siapa tu?"

Oleh kerana tiada jawapan,dia pun memulas tombol pintu dan masuk ke bilik.

Ema di lihatnya sedang berbaring di katil sambil memeluk anak patung badut hadiah pemberiannya dan suami sewaktu majlis harijadi tempoh hari.

"Ema masih belum tidur lagi? mama dengar suara Ema sedang bercakap dengan seseorang tadi. Ada sesiapa ke kat sini?" tanya Syazlin sambil duduk di sebelah anak gadisnya itu.

"Ema cakap dengan patung badut ni je mama" balas Ema.

"Tapi mama juga ada terdengar suara selain kamu tadi?" tanya Syazlin lagi.

Ema hanya mengusap-usap anak patung badut di tangan. Dia tidak menjawab pertanyaan ibunya itu.

Syazlin cuba berlapang dada dan berfikiran positif. Mungkin Ema sendiri yang mengajuk suara patung badut itu. Risau juga Syazlin kalau-kalau ada perompak atau sesiapa yang memecah masuk ke rumah. Sebagai ibu,sudah tentulah dia bimbang kan keselamatan anaknya.

"Sudah..tidurlah ya sayang" kata Syazlin sambil bangun menutup tingkap bilik Ema yang terbuka. Kemudian dia menarik selimut dan mencium dahi gadis kecil itu sebelum beredar keluar.

                        ••••••••••••

Hari tu Syazlin dan suaminya Izmir panik bila mereka tidak menemui Ema sewaktu menjemput anak perempuan mereka itu pulang dari sekolah.

"Agaknya Ema ke toilet. Kita tunggu lah sekejap" kata Izmir. Isterinya Syazlin mengangguk. Mereka keluar dari kereta dan memerhatikan di sekeliling. Di depan pagar kelihatan ramai murid-murid berkumpul. Ada yang berbual,bergelak ketawa sambil menanti bas sekolah atau ibu bapa masing-masing datang menjemput pulang.

Hampir empat puluh minit menunggu Ema tidak muncul juga. Murid-murid lain semuanya telah pulang.

Lantas mereka pun pergi berjumpa dan bertanya sendiri kepada guru sekolahnya.

Alangkah terkejut guru terbabit kerana dia sendiri pun menyangka yang Ema telah pun di jemput pulang oleh pasangan suami isteri tu. Hairan betul Syazlin dan Izmir. Ke mana pula Ema pergi? biasanya gadis itu akan setia menanti di pagar sekolah bersama murid-murid lain. Hari ni kelibat Ema hilang entah ke mana.

Koleksi Cerita HorrorWhere stories live. Discover now